apa itu asma ?





dua tiga hari ni selalu kena asma. asma yang ika maksudkan tu bukan nama orang. asma tu penyakit. penyakit lelah. ika memang ada penyakit asma nie since tahun 2010. tapi asma ika takde la teruk pon. kira tak kronik lagi la. 

penyakit asma nie bukan boleh main-main. boleh bawa maut. then, jangan ingat bila ade penyakit asma nie, kita tak boleh enjoy. tak boleh buat tu, tak boleh buat nie. mesti stress sakan kan kalau camtu.huhu. . still boleh buat kerja cuma perlu ingatkan pada diri masing-masing la yang kita tu ada asma. so, janganlah buat kerja yang boleh bebankan diri sendiri :)


ika tergerak hati nak share pasal penyakit asma nie sbb sekarang nie agak selalu la kena. bila kena tu, rasa cam dah nak mati. memang tak fikir lain dah. memang fikir mati je. paling sedih bila tengok muka family kita. nak-nak pulak muka mama. ika dah lama tak kena asma yang teruk cam ni. biasa kalau kena pon, pakai inhaler tu dah lega. tapi yang nie memang teruk sampai pkul 2 pagi kena angkut g klinik. syukur alhamdulillah sebab dah berjaya melepasi waktu-waktu kritikal tu :)

apa itu asma ? jom, ika nak kongsi la sikit dengan korang info tentang penyakit asma nie. mana la tahu korang ada member yang ade penyakit nie, ataupon ahli keluarga sendiri, ataupon jugak korang bakal berkahwin dengan orang yang ade penyakit asma nie ^^


penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. 

ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. akibatnya, pesakit boleh pengsan.

apa yang boleh mengakibatkan berlaku asma ?


  • alahan dihidu seperti kutu habuk, debunga, spora kulapuk, epithelials binatang peliharaan.
  • udara sejuk.
  • senaman.
  • jangkitan sistem pernafasan.
  • tekanan emosi.
  • aspirin dan ubat seumpanya.


yang kat atas tu semua ika dapat kat WIKI :) thanks wikipedia.hukhuk . . tapi ika rasa tak semuanya sama kot . sbb macam ika, bab bersenam tu ok je. hahaha. . g jalan-jalan satu shopping complex pon ok je lagi. ika tak suka nak manjakan diri. selagi mampu, ika akan buat semua benda yang ika nak buat.

sekarang dah banyak rawatan untuk penyakit asma nie. google je. hikhik .  ape yang penting, jaga kesihatan kita. ingatlah keluarga tersayang ! ^^



nota gigi :: dulu ade yang selalu berusaha nak pulihkan penyakit asma ika nie. sekarang dah takde. semua tu kenangan indah :)
Post a Comment