12 Simptom Dilamun Cinta

..ika ade langgan satu benda nie kat ika punya emel..
..dia macam pasal love la..huhuhu
..saja nak try..
..ika terjumpe masa tengah nak cari bahan..

..so, kali nie dia share kat ika 12 Simptom seseorang tu 
dilamun cinta :)
..ika pulak nak share kat korang..
..nak percaya atau tak, itu semua terserah pada korang ^^


1. Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, 
padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda 
dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda 
dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik 
sepenuhnya pada dia.
 
2. Anda mula dahagakan senyuman dari si dia.
 
3. Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda 
juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama 
itu berlaku.
 
4. Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu 
mempunyai minat yang sama dan secara perlahan 
– lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa 
kepada dia.
 
5. Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala 
perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan 
dia.
 
6. Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. 
Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda 
menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima 
dia seadanya.
 
7. Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila 
bersama dengan dia.
 
8. Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama
– sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda 
tetap cuba mencari masa.
 
9. Tiba – tiba sahaja anda minat untuk dengar 
lagu cinta.
 
10. Anda mula membayangkan masa hadapan anda 
berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga 
mula merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan 
bersama – sama.
 
11. Anda mula rasa sayang teramat pada dia.
 
12. Anda mula berkongsi perkara yang berlaku 
dalam hidup anda dengannya..
 
 
..buat masa sekarang, ika mmg xde simptom2 nie.haha
..dah hilang dibawa arus deras..chewahhh
..korang mesti ade kan ? kan ? kan ?
..at least 2 , 3 simptom pon kira ok la tu..hukhuk

..kalau ade yang berminat nak langgan, bleh klik SINI

4 comments:

  1. aik macam betul je sume ni . haha :D

    ReplyDelete
  2. dulu2 ada la simpton2 ni.. kikikii

    ReplyDelete
  3. IntanBerlian :: skrg pon mesti ade lg kan even x semua.huhu

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com