Novel 44 :: Bini Aku Tomboy Ke ? - Arisa Eriza

..baru je berjaya habiskan satu ketul novel..
..so, nak review la kan..
..hukhukhuk..

BINI AKU TOMBOY KE ? - ARISA ERIZA


SINOPSIS ::

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.


Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?



..bagi ika novel nie biasa2 je kot..
..hikhikhik..
..tapi ok la jugak sbb ika xpenah baca lagi novel yg pasal budak2 tomboy nie..
..so, yg nie lain cket :)


11 comments:

  1. dah bace novel nh . bestt sangatt ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam.. isteri saya pun tomboy..kami ada anak 1.. saya sangat sayang isteri tercinta walaupun dia tomboy walaupun kami dah ada anak 1.

    ReplyDelete
  4. Isteri saya tomboy kami dah ada anak 1..sumpah...Saya sangat menyayangi,merindui dan menyintai isteri saya walaupun tomboy..

    ReplyDelete
  5. Salam.. isteri saya pun tomboy..kami ada anak 1.. saya sangat sayang isteri tercinta walaupun dia tomboy walaupun kami dah ada anak 1.

    ReplyDelete
  6. mmg bez novel nie...gelak aku baca novel nie...sampai pecah perut....baca 4567 kli pown x bosan....

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com