Novel 39 :: Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul

..baru je habis baca novel..
..novel nie Kak Mawar yang bagi ^^

KUSERU RINDU ITU - HANNI RAMSUL


SINOPSIS ::

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan
Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?



..novel nie best ^^ ..
..suka sangat2..
..ade part yang sedih jugak :(
..apa2 pon novel nie memang best !

Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu….


8 comments:

  1. best jugak cite nie, ida ada beli dari penulis nie juga tajuk dia pergilah air mata =).

    ReplyDelete
  2. nanti nk g beli lah..tgk cik rongoks promote cam best jaaa..

    ReplyDelete
  3. Ida Roslan :: novel yg hanni ramsul buat semua best ^^

    ReplyDelete
  4. Alaaa,tak minat novel melayu.hehe last sekali hero dgn sape? I ke M? hehe

    ReplyDelete
  5. lama dah x baca novel.. brp tahun ntah.. hehe

    ReplyDelete
  6. Miss A :: hikhihk..novel english pon ika layan gak :)

    last skali hero dgn I.dgn isteri dia smula ^^

    ReplyDelete
  7. ejulz :: haaaa..kena start baca semula la tu ;)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com