Mayat bayi dicampak dalam longkang


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

SUMBER :: KOSMO

..Ya Allah..
..jauhkanlah ika drpd melakukan perbuatan yang tidak sepatutnye..
..aminnnnn..

..kesian dengan mayat bayi tu..
..bayi yang tak berdosa..


Read More

Rakyat Malaysia di Mesir selamat


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Mesir dilaporkan selamat walaupun berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di ibu negara berkenaan, Kaherah sejak kelmarin.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, sehingga kini, tiada rakyat Malaysia termasuk penuntut dianggarkan 7,000 orang dilaporkan terlibat dalam gerakan anti kerajaan tersebut.

Kebanyakan rakyat Malaysia di Mesir terdiri daripada pelajar universiti terutama Universiti Al-Azhar, selain mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Petronas dan Kedutaan Malaysia di negara itu.

Tentera turut diperintah mengawal semua kedutaan asing termasuk Kedutaan Malaysia di sini.

SUMBER :: KOSMO

..teringat kat kawan2 ika yg belajar kat luar negara..
..ika doakan korang semua selamat =) ..
..insyaAllah..


Read More

Overnite CS110

28 Januari 2011

..kitorang bertolak ke pantai melawi, bachok..
..overnite kat sana dgn budak2 cs110 batch ika =) ..

..dalam kul 3 lebih, kitorang bertolak ke melawi..
..then, singgah jap kat rumah BB..
..tunggu kawan2 yg lain kat sana..
..then, bertolak ke melawi..



..sampai kat chalet tu pon lepas asar dh..
..tunggu kawan2 yang lain sampai..
..ade yang g main kat pantai termasuk ika..hu3
..ade yg dok sembang2..
..ade yg berehat..





..lepas maghrib..
..kitorang kuar makan jp..
..memandangkan ika blom mkn pe2 pon lg..
..sgt2 lapar..
..sbar je la..



..then, ade bbq..
..bakar ayam, ika, sosej, udang..
..ika x bakar pon..
..tgk jer..
..memandangkan diri dlm keadaan kepeningan..
..angin kuat sgt2 mlm tu..
..sejuk wooooo..



..ade jugak karaoke..
..mereka2 ini lah yg menghiburkan hati org2 yg tgh bakar ayam..
..hahahahhaa..



..bbq xhabis lg, kitorang dh blah..
..pe daaa..hu3
..tgk movie dlm bilik..
..AKU MASIH DARA + MAGIKA..
..best =) ..
..kitorang stay up smpai kul 2.30..
..hbis citer, pe lg..
..tidoooooo..hu3

29 Januari 2010

..bangun pagi2 lg..
..huuuhuhuuuh..
..then, waiting to EAT..ha3

..lepas makan..
..kemas2 barang..
..then, time to SNAP PIC!! ..
..amik gambar ramai2..
..hohohoohoh..
..sgt2 suka..




..best sgt g overnite nie..
..lain kali buat lg yer =) ..

Read More

1 Malaysia


Love this song =)

http://www.emocutez.com

Love,
PP
Read More

Gorila jantan berjalan seperti manusia


KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube.

Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya.

Rakaman itu menunjukkan Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Penjaga haiwan itu sejak 16 tahun lalu, Ingrid Naisby memberitahu: "Ia (gorila itu berjalan) adalah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan gorila tetapi Ambam kerap melakukannya dan ia boleh mengimbangi badannya dengan baik." – Agensi

SUMBER :: KOSMO

Read More

Muka surat pengasas Facebook digodam


 SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengurusan laman sosial Facebook meningkatkan tahap keselamatan laman itu selepas muka surat milik pengasas laman itu, Mark Zuckerberg digodam oleh seorang penggodam misteri pada Selasa lalu.

Penggodam siber yang dikenali dengan nama #hackercup2011 itu menyatakan dalam muka surat Zuckerberg di Facebook: "Mari mulakan penggodaman. Jika Facebook memerlukan wang, selain pergi ke bank, mengapa Facebook tidak membenarkan pengguna-penggunanya melabur dalam Facebook dalam satu bentuk sosial?
Kenapa tidak mengubah Facebook menjadi satu bisnes sosial, pendekatan yang digunakan oleh pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus."

Muhammad Yunus dari Bangladesh pernah memenangi Hadiah Nobel kerana dia menubuhkan Bank Grameen bagi memberi pinjaman kepada penduduk miskin.

Lebih 1,800 orang menyukai entri itu sebelum ia dipadamkan.

Pada Sabtu lepas, penggodam komputer turut menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan. - Agensi

SUMBER :: KOSMO

Read More

Badan bertukar biru selepas berenang di tasik


VICTORIA, Australia - Sekumpulan individu yang berenang pada waktu malam di Tasik Gippsland, baru-baru ini terkejut apabila tubuh mereka menjadi biru, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia kelihatan seperti kami bermain dengan cat radioaktif," kata seorang jurugambar, Phil Hart yang merakamkan gambar pelik itu apabila dia dan rakannya selesai berenang di sebuah tasik.

Cahaya itu terbentuk oleh satu tindak balas kimia apabila kehidupan mikro organisma yang hidup secara semula jadi di dalam air diganggu.

Kombinasi kebakaran hutan dan banjir dipercayai menyebabkan tahap nutrien di dalam tasik itu bertambah. "Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk melihat fenomena ini," kata Phil. - Agensi

SUMBER :: KOSMO


..huhuuhuhuh..
..kalau badan ika la yg bertukar jadi biru, ika rase mesti dh nangis2..
..takut wooooo..
..takut tak boleh warna asal..kua3

..pe2 pon cm best je kan..
..dapat pengalaman..
..xsemua org dapat rasa benda cm nie..
..dia sgt bertuah =) ..

Read More

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi


DARAH O

© Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. © Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
© Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
© Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
© Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
© Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

© Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.
© Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
© Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
© Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
© Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
© Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
© Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

© Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda.
© Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
© Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
© Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
© Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial.
© Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
© Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

© Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
© Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
© Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
© Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu.
© Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
© Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.




 
Read More

Day 30 Blogging

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

..nie gambar terbaru ika..
..baru jer snap petang td..
..mase otw balik kb..
..mase nie dlm kete dgn adik & mama..
..g deraps..
..hohohohohoho..


© setiap hari boleh tengok mama
© makan aiskrim tiap2 hari.ha3
© cuti2 malaysia

Read More

Hanya Ingin Mengingatkan


…Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

 1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Sampaikan Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.


.::jangan lupa pada yang PUTIH, ianya SUCI, BERSIH, sudi mengingatkan kita pada USIA, sudi juga mengingatkan kita pada KEMATIAN:.

 
Read More

Day 29 Blogging

Day 29 – Something you could never get tired of doing.


..ika xpenah penat baca al quran..
..semua orang pon sama kan? ..

..marilah kita sama2 membaca al quran..
..dgn membaca al quran, jiwa kita akan menjadi tenang..
..lupa segala masalah..



Read More

PUNCA DAN CARA MENGATASI SARIAWAN


Penyakit sariawan atau dikenal dengan sebutan stomatitis adalah pembengkakan atau peradangan yang terjadi di lapisan mukosa mulut. Daerah yang biasa terkena sariawan termasuk pipi, gusi, lidah, bibir serta langit-langit mulut. Selain itu sariawan juga bisa menyebabkan perdarahan, bengkak serta warna yang memerah.

Memang sariawan bukan penyakit serius. Tapi kalau sudah kena yang satu ini sangat tidak best kerana susah untuk makan atau pun bercakap.

PUNCA

1. Akibat virus
Sariawan ini disebabkan oleh beberapa bentuk virus yang ada di dalam tubuh, termasuk kasus-kasus khusus seperti yang menyebabkan demam pada kelenjar, herpes dan penyakit mulut lainnya.

2. Akibat bakteria.
Sariawan jenis ini biasanya suka terjadi jika seseorang menderita sakit tenggorokan atau penyakit lain yang disebabkan oleh bakteria.

3. Akibat jamur.
Sariawan ini timbul saat seseorang memiliki sistem kekebalan tubuh yang sangat rendah atau masalah kesehatan lainnya yang mungkin memerlukan penggunaan antibiotik dos tinggi.

4. Non-infeksi.
Penyebab paling umumnya adalah terjadinya luka di mulut yang berulang, meskipun tidak diketahui penyebabnya tapi biasanya akan hilang dalam waktu 2 minggu. Sariawan ini juga bisa disebabkan adanya masalah dalam sistem pencernaan, kekurangan vitamin, riboflavin, miacin dan B12.

Selain keempat penyebab di atas, ada juga hal lain yang diduga dapat menyebabkan sariawan seperti kurang menjaga kebersihan mulut, pemasangan kawat gigi atau gigi palsu dan juga konsumsi makanan atau minuman yang panas.

Perawatan yang dilakukan untuk mengubati sariawan adalah dengan mencari sumber penyebab sariawan tersebut. Namun mengatur makanan yang dikonsumsi juga bisa membantu, seperti menghindari makanan yang renyah atau makanan dengan rasa yang tajam. Usahakan untuk menggunakan sikat gigi yang lembut dan tetap menjaga kesehatan mulut dan gigi.

Jika anda adalah pengguna kawat gigi atau gigi palsu, maka mintalah doktor untuk memeriksanya untuk memastikan bahawa tidak ada masalah sariawan.

Biasanya sariawan akan hilang dengan sendirinya setelah 4 hari, tapi bila masih belum hilang sebaiknya mencari ubat terutama jika disebabkan oleh infeksi bakteri yang memerlukan antibiotik.

Sebenarnya sariawan bisa dicegah dengan cara menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan baik, melakukan pemeriksaan gigi secara teratur serta mengatur pola makan yang baik dengan mengurangi makanan yang dapat memicu iritasi pada lapisan mukosa mulut.

Selain itu pencegahan sariawan juga bisa dilakukan dengan menghindari terjadinya trauma atau benturan seperti memberus gigi dengan lembut, tidak terburu-buru saat mengunyah makanan serta tidak berbicara saat sedang makan.

Read More

The Script - The Man Who Can't Be Moved



http://www.emocutez.com
Going Back to the corner where I first saw you
Gonna camp in my sleeping bag I'm not gonna move
Got some words on cardboard, got your picture in my hand
saying, "if you see this girl can you tell her where I am"

Some people try to hand me money, they don't understand
I'm not broke I'm just a broken hearted man
I know it makes no sense but what else can I do
How can I move on when I'm still in love with you

Cuase If one day you wake up and find your missing me
and your heart starts to wonder where on this earth I could be
Thinkin maybe you'll come back here to the place that we'd meet
And you'll see me waiting for you on our corner of the street
So I'm not moving, I'm not moving

Policeman says, "son you can't stay here"
I said, "there's someone I'm waiting for If it's a day, a month, a year"
Gotta stand my ground even if it rains or snows
If she changes her mind this is the first place she will go

Cause If one day you wake up and find your missing me
and your heart starts to wonder where on this earth I could be
Thinkin maybe you'll come back here to the place that we'd meet
And you'll see me waiting for you on our corner of the street
So I'm not moving, I'm not moving,
I'm not moving, I'm not moving

People talk about the guy that's waiting on a girl
There are no holes in his shoes but a big hole in his world

Maybe i'll get famous as the man who can't be moved
Maybe you wont mean to but you'll see me on the news
And you'll come running to the corner
cuase you'll know it's just for you
Im the man who can't be moved

[Chorus 2x]

Going Back to the corner where I first saw you
Gonna camp in my sleeping bag I'm not gonna move

Love,
PP
Read More

Bakat Williams jadi rebutan


Di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat (AS), kelihatan seorang lelaki dalam persalinan jaket trenc berceloreng. Penampilannya tidak terurus. Rambutnya yang kerinting dan beruban dibiarkan tanpa disisir rapi. Sambil berdiri pengemis itu memegang cebisan kotak yang tertera ayat-ayat yang menyatakan dirinya adalah bekas juruhebah radio.

Malangnya, kehadiran lelaki itu kurang mendapat perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ. Barangkali mereka berpendapat mana mungkin seorang bekas juruhebah sanggup tampil sedemikian rupa apatah lagi mengemis bantuan kewangan.

Tindakan seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis yang bernama Ted Williams, 54, bercakap menggunakan suara emasnya dan beraksi seperti deejay radio telah mencipta fenomena di AS, hari ini.

Buktinya, sebaik sahaja jurugambar memuat naik rakaman itu ke laman web YouTube ia telah menarik minat seramai 6,725,967 penonton. Rata-rata penonton yang menonton video tersebut mengakui Williams memiliki suara emas yang mengagumkan.

Secara tidak langsung telah mendorong salah seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier, melahirkan keinginan membantu Williams kerana berpendapat lelaki itu berpeluang menjadi jutawan kerana keunikan suaranya.

“Memiliki suara seperti ini memberi banyak kelebihan kerana saya berpeluang menceburkan diri dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Namun, malangnya saya mensia-siakan bakat yang dimiliki disebabkan dadah dan alkohol.

“Saya kesal dengan tindakan bodoh ini. Selain karier, saya juga kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal. Kehidupan menjadi tidak menentu dan terumbang-ambing,” luah Williams dalam satu temu bual mengenai kisah hitamnya yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya.

Williams mula tinggal di jalanan pada tahun 1993 selepas kehidupannya musnah akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol. Malah, pada detik pertemuan bersama jurugambar itu dia menjalani kehidupan di dalam sebuah khemah di tepi lebuh raya di Columbus.
Sebelum popular disebabkan klip video selama 90 saat di Twitter dan YouTube, Williams pernah ditahan di beberapa buah lokap di Ohio atas dakwaan jenayah seperti mencuri dan memiliki dadah.

Impian bergelar deejay

Selain itu menerusi wawancara bersama rancangan televisyen Today, Williams mendedahkan bahawa dia pernah terlibat dalam jenayah kerana ketagihan dadahnya.
Lebih menyedihkan, apabila Williams gagal bergelar sebagai juruhebah radio dalam tempoh yang lama kerana dibuang kerja disebabkan masalah tersebut.

“Sejak berumur 14 tahun, saya memasang impian untuk bergelar penyampai radio kerana melihat karier ini mempunyai daya tarikan dan keistimewaan tersendiri. Sebab itu saya tidak melepaskan peluang bertugas di stesen radio WVKO (AM) di Columbus, biarpun pada syif malam. Pada waktu itu, stesen berkenaan hanya memutarkan himpunan lagu-lagu berentak soul,” ujar bapa kepada sembilan cahaya mata itu.


Sehubungan itu, enggan membiarkan dirinya terus musnah, Williams nekad untuk berubah. Kini sudah dua tahun dia berjaya meninggalkan tabiat pengambilan dadah dan alkohol.

Kini Williams dapat tersenyum bangga. Jika sebelum ini dia mengemis untuk menagih simpati orang ramai, tetapi pada hari ini suara emasnya pula ditagih pelbagai pihak. Lembaran tahun 2011 memberi seribu makna buat Williams. Pada 7 Januari lalu secara rasmi dia menjadi suara latar untuk rangkaian MSNBC.

Terbaru, media antarabangsa melaporkan Williams sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi program informasi perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).

“Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana Tuhan masih menyayangi saya. Kini kehidupan saya semakin baik dan saya akan menghargainya,” ujar Williams kepada AGEagensi berita AP.

Williams juga menjadi pilihan syarikat Kraft Macaroni & Cheese yang menggunakan suara emasnya untuk iklan-iklan produk syarikat tersebut.
Menurut Pengurus jenama Kraft Macaroni & Cheese, Noelle O’Mara, mereka dalam proses merangka pelbagai iklan mempromosi produk Kraft & Cheese menggunakan suara Williams yang unik itu.

“Suara Williams cukup istimewa dan dia bijak bermain dengan intonasi yang baik sepanjang pembikinan iklan. Kreativitinya memberi elemen segar pada iklan-iklan kami dan secara tidak langsung membersih dan menaikkan namanya semula.

“Individu yang berbakat seperti Williams harus diberi peluang untuknya membaiki diri. Lagipun semua orang mempunyai kisah tersendiri,” tambah Noelle O’Mara.

Tawaran berlakon filem

Anak kelahiran Bedford Stuyvesant, Brooklyn, New York, AS itu juga ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson.


Williams turut teruja apabila banyak pihak memberi perhatian terhadapnya semasa dia muncul dalam program Today terbitan stesen televisyen NBC itu di New York.
“Ia merupakan satu fenomena dan saya tidak pernah membayangkan semua perkara ini akan berlaku. Saya rasa seperti Susan Boyle,” katanya yang dipetik daripada akhbar Columbus Dispatch.

Sama seperti Williams, Susan Boyle yang dicungkil bakatnya menerusi rancangan Britain's Got Talent antara individu yang menangkap perhatian ramai menerusi suara emasnya. Pertama kali berdiri di atas pentas kehadiran Boyle langsung tidak dipedulikan kerana memiliki tubuh yang gempal, berusia dan rambut tidak terurus.

Malah, segelintir blogger sanggup menyifatkan rupanya ketika itu seperti kodok. Namun sebaik saja dia membuka mulut mendendangkan lagu I Dreamed a Dream daripada muzikal Les Misérables, para penonton tergamam. Suaranya cukup merdu.

Pengkritik-pengkritik rancangan itu termasuk Simon Cowell yang terkenal dengan mulut celupar dalam kritikannya turut terkejut apabila mendengar suara Boyle.

Ramai yang tidak menyangka berbekalkan suara yang lunak telah membantu menaikkan taraf hidup Boyle daripada seorang penganggur dan sukarelawan amal kini menjadi selebriti popular di seluruh dunia.

SUMBER :: KOSMO


Read More

Day 28 Blogging

Day 28 – In this past month, what have you learned?


..ika belajar kuatkan semangat dalam diri..
..belajar supaya tidak lemah..
..sentiasa ingat bahawa Allah SWT sentiasa ada di sisi hambaNya..

..ika belajar tidak membalas setiap perbuatan orang lain terhadap ika..
..biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya..
..ika tak ada hak untuk membalas setiap perbuatan buruk terhadap ika..
..apa yang terjadi, telah ditakdirkan utk ika..
..sesungguhnya, ini semua ujian untuk ika..

..ika juga belajar supaya yakin pada diri sendiri..
..sentiasa yakin dalam setiap perbuatan ika..
..berfikir sebelum melakukan apa2 sahaja..
..berfikir tentang baik buruk sesuatu itu..
..berfikir tentang masa akan datang..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..




Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com