Hantu Bonceng | Movie 11

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers ^_^

..ika baru je tgk citer Hantu Bonceng..
..padahal citer nie dh lama..kih3
..bukan ape..
..kalau citer yg bab2 hantu nie ika kena fikir beratus-ratus kali nak tgk ke x movie nie..hihihi

..mase tgk citer Hantu Bonceng nie pon ika siap cover dgn bantal..
..nasib baik ada en.katak kat sebelah..
..haishhhhh..
..nie yg xsuka tgk citer2 hantu nie walaupon citer nie kelakar..
..tp still ade part2 yg ade hantu..


SINOPSIS ::

Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang penghantar pizza yang gemar berlumba drag motorsikal secara haram. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang gadis bernama Maya sebagai hadiah kemenangan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa Maya yang memboncengnya itu keluar dari kawasan perlumbaan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.



..citer nie best..
..tp ika boleh tgk sekali je sbb ade hantu dlm citer nie..
..xbleh tgk byk kali..
..nnt tak boleh nk sweet dream ^_^





No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com