Alamak... Toyol ! | Movie 9

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers :)

..baru2 nie ika berkesempatan tgk wayang dgn member..
..so, kitorang decide nak tgk citer Alamak... Toyol !


SINOPSIS ::

Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar.

Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka.

Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul ‘barcode’ di dada kiri Fakhrul dan Kudin.

Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu lurus bendul dan tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa pula mengajar teori dan praktikal kepada toyol mereka.



..ika rase movie nie biase2 je kot..
..kelakar tp bg ika cm ntah la..hihihi

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com