pakai selipar terbalik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers :)

..hari nie ika nak ajak korang sembang mengenai kanak-kanak yang pakai selipar terbalik..
..korang mesti pernah jumpe kan?
..korang mesti penah tgk kan?

..masa kita kecik2 dlu pon kita pakai selipar terbalik..
..hahahhahhaha..
..tapi korang penah fikir tak kenapa budak2 pakai selipar terbalik?


..ika ade terbaca mengenai pakai selipar/kasut terbalik nie dalam sebuah buku..
..buku nie mmg best :)
..buku nie memuatkan 100 soal jawab yang menyentuh mengenai psikologi anak yang dipetik daripada Majalah Pa & Ma..

100 SOAL JAWAB PSIKOLOGI ANAK


PAKAI KASUT TERBALIK

Memang adakalanya ada kanak-kanak yang sukar untuk memahami sesuatu perkara seperti ini kerana ia juga bergantung tahap perkembangan kognitifnya serta persekitarannya. Namun, apabila meningkat dewasa dan mula bersekolah serta pergaulan yang lebih luas maka kanak-kanak akan berubah.

Ia sesuatu yang normal bagi kanak-kanak yang baru mengenali dunia. Cuma yang perlu dilakukan adalah perbetulkan dan beritahu perkara yang salah dan benar tentang pemakaian selipar. Jangan ditengking tanpa memberikan alasan yang munasabah, apatah lagi di hadapan orang lain seperti kawan-kawannya yang akan hanya membuatkannya memberontak dan sengaja mengulangi kesilapan itu walaupun kadangkala dia mengetahuinya.

INFO

http://www.emocutez.com Jangan dimarahi anak itu.

http://www.emocutez.com Memang adakala anak-anak sukar untuk memahami sesuatu perkara.

http://www.emocutez.com Ia bergantung kepada tahap perkembangan kognitifnya serta persekitarannya.

http://www.emocutez.com Apabila anak itu meningkat dewasa dan mula bersekolah maka kanak-kanak akan berubah.

http://www.emocutez.com Jangan ditengking tanpa memberi alasan yang munasabah.



**dipetik daripada buku 100 Soal Jawab Psikologi Anak

..sejak bekerja dengan kanak-kanak nie, ika lebih suka buat benda yang berkaitan dengan budak-budak..
..baca buku & majalah mengenai kanak-kanak..
..beli barang2 yang berkaitan dengan kanak-kanak..

..sangat2 enjoy kehidupan sekarang..
..ade benda yang x dapat buat masa kecik2 dlu..
..tapi sekarang dah dapat buat..huhhhhuhu

okbai

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com