Novel 4 :: Kau Milikku - Aisha Hamza


SINOPSIS ::

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu 
membina keluarga yang sempurna?

..best jalan citer dia..
..tak semua org2 chubby nie xde peminat..hu3
..so, si chubby di luar sana, jgn cepat putus asa dlm mencari cinta..

Dari Hati,
IKA

2 comments:

  1. Sokong.. orang chubby pown leh ade peminat kan??

    ReplyDelete
  2. yup..
    btol tu..
    so, xperlu la nk rendah diri..
    hihihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com