Novel 11 :: Sukma Rindu - Fariza Zuliana


SINOPSIS ::

Pertemuan antara Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan.
Dunia kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti.

Cabaran datang menduga. Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan ditangan Dianza ada segala jawapannya.Sejak mengetahui Azril menghidap penyakit yang membawa maut, simpati Dianza semakin melimpah tapi perasaan cinta nya pada  Fredie tak mungkin berubah. Kehadiran Azril membuat Fredie rasa tergugat. Sukarnya meluah rasa. Fredie tak mahu mengigit jari di kemudian hari. Namun setelah mengetahui Azril tidak mungkin dapat hiudp lama, Fredie mulai mengambil berat tentang Azril yang telah menjadi kawannya jugak.Sekian lama bermain tarik tali, Dianza tekad untuk mengakhiri segalanya, Kepastian perlu dicari. Agar hati tenang meneruskan kehidupan.

Segalanya terungkai sudah. Fredie mengakui hakikat sebenarnya yang Dianza memang diutus untuknya. Dan Dia amat bersyukur yang Dianza jugak mempunyai perasaan yang sama dengannya. Kebahagiaan menanti untuk mereka berdua dan berharap kebahagiaan itu kekal selama-lamanya.


..bagi ika..
..novel nie best..
..jalan citer yg menarik..
..suka dgn nama Dianza..
..hihihihihi..



3 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com