Merindui Miss A.D.I.B

Ya Allah,
dia sahabatku..
hadirnya penyeri hidupku..
perginya membuah duka di hatiku..

Ya Allah,
aku sayang dia..
aku kasihkan dia..
dia sahabatku dunia akhirat..
ukhuwah ini dibina di atas panji keikhlasan..
rahmati dan berkatilah persahabatan ini..

Ya Allah,
andai aku dijemputMu lebih awal daripadanya..
aku titipkan sahabatku kepadaMu..
aku berdoa semoga dia sentiasa berbahagia dan dalam lindunganMu..

Ya Allah,
andai takdirMu menetapkan adanya noktah persahabatan ini..
aku berharap noktah itu ialah maut..
andai takdirMu menetapkan dia melupakanku..
aku redha..
tapi biarlah kenangan persahabatan kami kekal selamanya dalam hatinya..

Teman,
andai hari ini ada salahku..
aku pohon sejuta keampunan..

Teman,
jika hari ini aku terlalu gembira..
kau sedarkanlah aku..

Teman,
andai hari ini aku lalai..
ingatkan aku tentang balasanNya..

jika hari ini hatimu aku guris..
aku rela dipinggirkan..
tapi..
andainya satu hari nanti hatiku dilukai..
aku tetap akan berdiam..
tidak sekali pon aku meluahkan..
kerana aku begitu sayang padamu..
hanya kau SAHABATku..

terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..



2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com