Pelajar IPTA daftar 2-7 September

..minggu nie ika dh start masuk kelas..
..then, terdengar la isu2 semasa yg tgh hot skrg..
..isu mengenai penyelarasan smua ipta..
 http://www.emocutez.com
..sebenarnye ika xtahu pon..ha3
..ika nie bukan nye suka bace paper..
..kalau on9 pon, ika bukak blog jer..
..pastu on9 ym..
..tp skrg bkn ym dh..
..guna digsby plak.hu3..

..balik kepada topic..
..bila dh dgr pasal isu tu..
..ika pon jd semangat..
..semangat nk tahu tu semakin berkobar2..hu3
..terus jd peminat setia KOSMO on9..hi3

..semua org cbuk dok ckp psal isu nie..
..diorang tertanye2 cuti nnt nk buat pe la..
..ye la kan..cuti lama..hu3

..sebenarnye ika still xfaham lg dgn bnda nie..
..entah la..
..ade x sape2 yg nk tolong fahamkan ika?? ..
 http://www.emocutez.com


Pelajar IPTA daftar 2-7 September

GEORGE TOWN - Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 September dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak (gambar).

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA kelmarin.

"Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 September hingga 7 September ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini semalam.

Beliau berkata, untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti.

"Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan," katanya.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini. – Bernama

SUMBER :: KOSMO

2 comments:

  1. PUK PUK..meh sini i terangkan. Sekarang kerajaan nak samakan dengan kalendar antarabangsa pasal nak terik lagi ramai foreign students. So, lepas ni kalendar semester akan berganjak 2 bulan ke depan. Start bulan 9 habis lebih kurang bulan 2. Sambung bulan 3 habis bulan 7. Begitulah seterusnya..dapat x?? hehe..
    Cuba ini pula :
    Ibu buang bayi,anak buang emak

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com