Limousin paling berat di dunia


LOS ANGELES - Sebuah limousin di Amerika Syarikat (AS), Midnight Rider, mencatat nama dalam Guinness Book of Records sebagai yang paling berat di dunia dan berkemungkinan yang terbesar, lapor sebuah akhbar semalam.

Limousin itu boleh membawa 40 orang dan turut mempunyai ruang untuk aktiviti tarian tiang dan seberat 22.7 tan selain 22 buah tayar.

Ia sepanjang 21.3 meter, dilengkapi tiga ruang rehat, sebuah bar dan lima set televisyen, sistem bunyi dan penerima kabel satelit.

"Kenderaan ini merupakan limousin paling mewah dan unik di dunia dengan ruang keseluruhan seluas 42.7 meter persegi," kata pemiliknya, Pamela Bartholomew Machado, dari negeri California.

"Ia lebih menyerupai sebuah kelab malam bergerak walaupun dikategori sebagai limousin," tambahnya.

Kenderaan itu yang disewakan pada kadar AS$1,030 (RM3,146) untuk sejam, memerlukan penyewa memperuntukkan wang AS$713 (RM2,178) bagi mengisi minyak penuh. – Agensi

SUMBER :: KOSMO

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com