Day 16 Blogging

Day 16 – Your view on homosexuality.

..kena jawan ke soklan nie?..
..ika xtahu nie..
..so, ika cari kt tenet je la ek..
..dpt la jugak tambah ilmi pengetahuan..


HOMOSEKSUAL
© Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks."
© Istilahhomosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiranAustria.
© Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles.
© Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti.
© Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.
© Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual.
 http://www.emocutez.com
Homoseksual, Keagamaan & Kepercayaan
© Sesetengah pakar mempercayai bahawa wabak AIDS dikalangan homoseksual adalah punca riwayat yang dikisahkan dalam kitab agama Ibrahim.
© Dipercayai sebagai cara memberentas wabak tersebut, kesemua pesakit dan pelaku homoseksual telah dihukum bunuh ketika itu, satu hukum keagamaan yang kekal sehingga kini.
© Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina.
© Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.
Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud,
”Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?”

Ayat 81 bermaksud,

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Faktor-faktor terjebak
© Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang itu menjadi homoseksual.
 http://www.emocutez.com
Keluarga
© Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak 
© Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu.
© Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa

Persekitaran
© Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. 
© Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.
© Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.
© Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.
© Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.

© Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis.
© Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan).
© Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.
© Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak.
© Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual.
© Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan.
© Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak.
© Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual.
© Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.
© Faktor-faktor biologi disokong oleh bukti terdapatnya kehomoseksualan dalam pelbagai spesis haiwan.

Dorongan individu
© Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.
© Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay)
© Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.
© Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu.
© Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain.
© Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.

Aktiviti seksual
© Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan.
© Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian.

SUMBER :: WIKIPEDIA

L.O.V.E
..PP..

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com