Azam mendidik anak

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

© KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan.
© Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
© Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar?
© Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
© Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.


Jadikan contoh

© Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
© Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
© Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

© Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak.
© Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
© Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama.
© Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan.
© Setiap kanak-kanak adalah berbeza.
© Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
© Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin.
© Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
© Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya.
© Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.


Memahami anak

© Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak?
© Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai?
© Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
© Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat.
© Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka.
© Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi.
© Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
© Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. © Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten.
© Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

© Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak.
© Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan.
© Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
© Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa.
© Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan.
© Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak.
© Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.


Aktiviti fizikal

© Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah.
© Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya.
© Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

© Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak?
© Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah?
© Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
© Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak.
© Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

© Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik?
© Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah?
© Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
© Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

SUMBER :: KOSMO

L.O.V.E

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com