Awak!!

Sejahtera ke atas kamu..

Awak,


Tahu tak apa yang menggembirakan saya hari ini? Syukur pada Allah.. akhirnya saya sampai ke penghujungnya juga.. saya ingatkan saya tak mampu harungi semua ini.. saya rasa berat sangat nak buat sampai rasa saya tak mampu lagi nak teruskan..

Saya malu bila kawan tanya.. saya tak tahu nak cakap kenapa, apa alasannya.. tapikan awak, saya marah juga pada orang yang tak faham keadaan saya... kadang-kadang saya rasa seolah-olah sindiran tajam dengan pertanyaan mereka..saya sedar awak..siapa diri saya ni..pernah saya rasa stress sangat sebab ni.. entah la kenapa kadang-kadang saya boleh jadi serabut sangat dengan apa yang saya buat.. kadang-kadang saya buat-buat tak tahu je, buat-buat tak sedar.. kadang-kadang malas nak fikir.. saya tak tahu nak buat macam mana.. buntu.. awak pun saya tak beritahu apa masalahnya ni.. buat-buat rileks je.. awak nak tahu tak, sem ni saya rasa performance saya teruk sangat tapi saya macam tak kisah apa-apa.. macam mana la saya boleh tenang dan serabut pada keadaan macam ni..saya langgar je macam-macam walaupun saya tahu itu perbuatan yang salah..
http://www.emocutez.com
Betullah awak.. hidup ni macam roda.. kejap kita di atas.. kejap di bawah.. bila di bawah, kita nak rasa macam mana agaknya berada di atas tu, tapi bila dah kat atas kita lupa susahnya nak sampai atas..suatu yang kita impikan dulu.. kita lupa bahawa kita takkan selamanya di atas.. kita takut kena turun bawah tapi kita tak jaga baik-baik kedudukan kita sampai bila mula bergegar, mula nak terjatuh baru kita sedar.. ah, kadang-kadang bila kita tersedar, segalanya dah lambat.. kita cuba nak bertahan, betul tak awak? tapi kita bertahan semasa kita dah di hujung-hujung nak jatuh.. akhirnya kita terlepas juga dari pegangan kita..tup..tup..jatuh dah.. kalau jatuh macam nangka busuk, lagi la kita malu kan..

Cuma saya rasa kan awak.. itulah lumrah hidup kita, awak pernah rasa macam tu tak? Bila kita dah terjatuh balik baru kita sedar hakikat diri kita yang sebenar.. kita teringat usaha-usaha kita dulu nak sampai atas.. tapi harap-harapnya kita sedar hakikat kita seorang hamba Allah.. apa yang kita dapat kadang-kadang kita rasa itu semua usaha kita.. kita berjaya atau gagal semua sebab kita yang buat... kita kan manusia, awak manusia juga kan? Berapa banyak jela kemampuan kita ada, sangat terbatas awak.. sebab ada suatu kuasa yang menjadikan kita, yang mengatur hidup kita, yang lebih memahami kita lebih dari kita kenal diri sendiri.. bila kita rasa tak mampu, lemah kita ingat kembali bahawa tiada apa yang dapat membantu kita melainkan Tuhan kita yang Maha Penyayang..
http://www.emocutez.com
Cuma saya sedih la awak.. bila kita gembira, bahagia kita lupa nak ucap syukur pada Dia dulu.. kita cepat-cepat SMS orang-orang yang kita sayang dulu beritahu kegembiraan kita..adakalanya sampai sibuk fikir macam mana nak "celebrate" kegembiraan tu.. bukankah patutnya kita merafakkan syukur pada Allah..? Saya rasa saya bukan cakap pasal orang lain tapi pasal kita.. jadi saya nak ingatkan awak dan diri saya juga.. tatkala saya teringat ni, mudah-mudahan saya akan istiqamah dengannya..saya harap awak pun macam tu..

Maaf ye awak, saya berbicara panjang sekali.. saya hanya nak berkongsi dengan awak apa yangsaya fikirkan..terpulang pada awak bagaimana nak menerimanya atau tak.. terima kasih sudi dengar bicara saya ni.. saya harap awak dilindingi Allah selalu..

 http://www.emocutez.com
L.O.V.E
..PP..

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com