Salam Lebaran ( Faizal Tahir, Shahir , Faizal Ismail,Tomok, Mawi, Kieran...

Read More

Buat Muslimah

oleh:iinssyirah_balqish 
editor:everjihad 


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." 

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. 

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. 

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. 

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. 

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. 
http://www.emocutez.com
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. 

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: 

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53..... 
http://www.emocutez.com

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH.... 


Read More

Jadilah seorang lelaki yang..


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
http://www.emocutez.com
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
http://www.emocutez.com
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
http://www.emocutez.com
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah 
http://www.emocutez.com

Read More

Tip Keselamatan

KETIKA DI LUAR RUMAH http://www.emocutez.com

©       Elakkan daripada berjalan bersendirian di tempat sunyi.
©       Membawa barang yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.
©       Jangan mengikut orang yang tidak dikenali.
©       Tidak memakai barang kemas yang keterlaluan.
©       Berpakaian sopan.
©       Sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa di mana kita berada.
©       Tidak membawa beg tangan yang mudah diragut.
©       Melengkapkan diri dengan ilmu pertahankan diri.


http://www.emocutez.com

Read More

Kebaikan Susu Penuh Untuk Tulang Yang Kuat

2 komponen nutrisi yang penting untuk membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda adalah kalsium dan vitamin D yang boleh didapati terutamanya dari produk tenusu. Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

http://www.emocutez.com

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita. Kekurangan vitamin D yang berfungsi sebagai penyerap kalsium mendedahkan kanak-kanak kecil dan bayi kepada penyakit riket. Penyakit riket juga dikenali sebagai penyakit tulang lembut yang menyerang bahagian tulang dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok, tumbesaran terbantut dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit pada otot badan serta badan menjadi lemah.

Satu lagi penyakit yang selalunya menyerang kebanyakan wanita berusia adalah penyakit Osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tisu tulang menjadi rapuh, nipis dan anjal. Tulang mudah patah dan tulang belakang mula hancur dan jatuh. Ini diakibatkan oleh kurang pengambilan kalsium ketika usia muda. Walaupun Osteoporosis selalunya menyerang mereka yang berusia, namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tabiat makan yang buruk dan kurang pengambilan kalsium juga sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Kajian oleh pakar menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan tulang secara menyeluruh dan mampu mengurangkan kadar kegagalan fungsi tulang disebabkan oleh peningkatan usia.

Beri galakan dan motivasi kepada anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman yang amat penting untuk kesihatan tulang. Dengan hanya membawa anak-anak anda pergi berjalan-jalan atau berjoging sudah cukup untuk membantu mereka membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Jangan biarkan anak-anak duduk sahaja di rumah sambil bermain permainan komputer atau aktiviti pasif kerana ia mampu membuatkan tulang mereka menjadi lemah.

http://www.emocutez.com

Paling penting, anak-anak anda yang berusia di antara 1 dan 2 tahun harus diberikan susu penuh kerana kandungan diet lemaknya sangat diperlukan oleh mereka untuk membantu perkembangan fizikal dan mental yang normal. Susu penuh dihasilkan daripada 100% susu lembu asli dan diperkaya dengan pelbagai jenis nutrien yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak anda.

NUGROW mengandungi susu penuh yang menjanjikan segala kebaikan bukan sahaja untuk perkembangan mental anak-anak anda malahan juga untuk perkembangan fizikal mereka. Diperkaya dengan kandungan kalsium yang tinggi dan vitamin D, ia mampu membantu membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda dan melindungi mereka daripada risiko tulang rapuh. Berikan anak-anak anda nutrient yang amat berharga daripada NUGROW dan biarkan mereka bergerak aktif tanpa perlu risau lagi.
Apabila anak-anak mendapat sumber kalsium yang mencukupi dan juga aktif dalam aktiviti fizikal semasa usia kanak-kanak dan remaja, mereka akan mampu memulakan alam dewasa mereka dengan tulang yang kuat dan sihat.

Read More

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.



NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU

Read More

..kak ain’s wedding..

..18 september 2010 bersamaan 09 Syawal 1431H..
..hari nie my sweet sis kahwin..
..she’s 23 year-old..

..Noor Ain..
..kak ain a.k.a kak ngah a.k.a che ngah a.k.a nor a.k.a ain..
..nie kakak ika yang paling “happening”..
..happening la sebab banyak bercakap n membebel..
..dia la yang siapkan makanan kitorang..
..dia lah “chef” kitorang kat rumah..
..masakan dia sedap wooooo..
http://www.emocutez.com 
..suami dia tu orang Pasir Mas..
..Noor Ain & Herry..
..diorang pilih tema warna gold and purple..
..pihak kitorang warna gold..
..pihak diorang warna purple..
..tapi ika tak pakai pon pakaian yang warna tema diorang..
..sori kak ain cayam..http://www.emocutez.com

..family semua berkumpul 2, 3 hari sebelum tarikh perkahwinan..
..let’s do gotong royong..
..ramai sangat2 datang rumah..
..it’s fun!!!..

..nie la kak ain..
..ika & kak ain..http://www.emocutez.com


..ika, kak ain & adik..


..puk puk..


..ika & my lovely cousin, Angah..


..dat’s the new husband-wife..
http://www.emocutez.com

..family sebelah pihak kitorang..
..kak ida, che su, nenek, yna, kak ain, ika & mama.. 


http://www.emocutez.com
Read More

it's for me =)

love it (*,*)



thanks ain cayam http://www.emocutez.com
Read More

:: can I be a hacker?? ::


What Is a Hacker?



The Jargon File contains a bunch of definitions of the term ‘hacker’, most having to do with technical adeptness and a delight in solving problems and overcoming limits. If you want to know how to become a hacker, though, only two are really relevant.

There is a community, a shared culture, of expert programmers and networking wizards that traces its history back through decades to the first time-sharing minicomputers and the earliest ARPAnet experiments. The members of this culture originated the term ‘hacker’. Hackers built the Internet. Hackers made the Unix operating system what it is today. Hackers run Usenet. Hackers make the World Wide Web work. If you are part of this culture, if you have contributed to it and other people in it know who you are and call you a hacker, you're a hacker.

The hacker mind-set is not confined to this software-hacker culture. There are people who apply the hacker attitude to other things, like electronics or music — actually, you can find it at the highest levels of any science or art. Software hackers recognize these kindred spirits elsewhere and may call them ‘hackers’ too — and some claim that the hacker nature is really independent of the particular medium the hacker works in. But in the rest of this document we will focus on the skills and attitudes of software hackers, and the traditions of the shared culture that originated the term ‘hacker’.

There is another group of people who loudly call themselves hackers, but aren't. These are people (mainly adolescent males) who get a kick out of breaking into computers and phreaking the phone system. Real hackers call these people ‘crackers’ and want nothing to do with them. Real hackers mostly think crackers are lazy, irresponsible, and not very bright, and object that being able to break security doesn't make you a hacker any more than being able to hotwire cars makes you an automotive engineer. Unfortunately, many journalists and writers have been fooled into using the word ‘hacker’ to describe crackers; this irritates real hackers no end.

The basic difference is this: hackers build things, crackers break them.

The Hacker Attitude http://www.smileycodes.info

1. The world is full of fascinating problems waiting to be solved.

Being a hacker is lots of fun, but it's a kind of fun that takes lots of effort. The effort takes motivation. Successful athletes get their motivation from a kind of physical delight in making their bodies perform, in pushing themselves past their own physical limits. Similarly, to be a hacker you have to get a basic thrill from solving problems, sharpening your skills, and exercising your intelligence.

If you aren't the kind of person that feels this way naturally, you'll need to become one in order to make it as a hacker. Otherwise you'll find your hacking energy is sapped by distractions like sex, money, and social approval.

2. No problem should ever have to be solved twice.

Creative brains are a valuable, limited resource. They shouldn't be wasted on re-inventing the wheel when there are so many fascinating new problems waiting out there.

To behave like a hacker, you have to believe that the thinking time of other hackers is precious — so much so that it's almost a moral duty for you to share information, solve problems and then give the solutions away just so other hackers can solve new problems instead of having to perpetually re-address old ones.
http://www.smileycodes.info

Note, however, that "No problem should ever have to be solved twice." does not imply that you have to consider all existing solutions sacred, or that there is only one right solution to any given problem. Often, we learn a lot about the problem that we didn't know before by studying the first cut at a solution. It's OK, and often necessary, to decide that we can do better. What's not OK is artificial technical, legal, or institutional barriers (like closed-source code) that prevent a good solution from being re-used and force people to re-invent wheels.

3. Boredom and drudgery are evil.

Hackers (and creative people in general) should never be bored or have to drudge at stupid repetitive work, because when this happens it means they aren't doing what only they can do — solve new problems. This wastefulness hurts everybody. Therefore boredom and drudgery are not just unpleasant but actually evil.

To behave like a hacker, you have to believe this enough to want to automate away the boring bits as much as possible, not just for yourself but for everybody else (especially other hackers).
http://www.smileycodes.info

4. Freedom is good.

Hackers are naturally anti-authoritarian. Anyone who can give you orders can stop you from solving whatever problem you're being fascinated by — and, given the way authoritarian minds work, will generally find some appallingly stupid reason to do so. So the authoritarian attitude has to be fought wherever you find it, lest it smother you and other hackers.

Authoritarians thrive on censorship and secrecy. And they distrust voluntary cooperation and information-sharing — they only like ‘cooperation’ that they control. So to behave like a hacker, you have to develop an instinctive hostility to censorship, secrecy, and the use of force or deception to compel responsible adults. And you have to be willing to act on that belief.

5. Attitude is no substitute for competence.

To be a hacker, you have to develop some of these attitudes. But copping an attitude alone won't make you a hacker, any more than it will make you a champion athlete or a rock star. Becoming a hacker will take intelligence, practice, dedication, and hard work.

Therefore, you have to learn to distrust attitude and respect competence of every kind. Hackers won't let posers waste their time, but they worship competence — especially competence at hacking, but competence at anything is valued. Competence at demanding skills that few can master is especially good, and competence at demanding skills that involve mental acuteness, craft, and concentration is best.

If you revere competence, you'll enjoy developing it in yourself — the hard work and dedication will become a kind of intense play rather than drudgery. That attitude is vital to becoming a hacker.

Read More

10 Tanda Hamil

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.


Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.


2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.http://www.emocutez.com

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.


4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.http://www.emocutez.com

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.


9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..


10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!



Read More

..ika di mana??..

..a week..
..keep on searching the right place to go..
..where am I rite now??..
..huhuhu..


..ika berada di tempat yang selamat..
..insyaAllah..
..ika enjoy dengan hidup sekarang..
..keputusan untuk pergi buat masa sekarang mungkin keputusan terbaik bagi ika tapi tidak bagi pihak lain..
..alhamdulillah..
..ika semakin tenang..

..bila tiba masanye, ika akan pulang..
..pulang menjadi ika yang baru..
..hope so..
..insyaAllah..

..mama..
..ika rindu mama sangat2..
..bila dengar suara mama, ika nangis..
..tp ika cuba x tunjukkan..
..ika ketawa..
..ika buat mama ketawa..
..kan??..
..ika sayang mama..
..jangan risau, anak mama sihat..

 http://www.emocutez.com
Read More

:: “missing” + miss ADIB ::

..dh seminggu berlalu..
..ika rindu korang sangat2..
..ika rindu AIN, DIDIE n BASYA..
..really miss u dear..

..ika harap ADIB sihat ek..
..belajar rajin2..
..study hard + smart..
..buat macam biase jer..

..terlalu banyak kenangan kita bersama..
..starting on part 2, rite??..
..its about 2 years we’re together..
..pahit manis kita lalui bersama..
..jatuh bangun bersama..
..study sama2..
..makan sama2..
..jalan sama2..

..still remember our theme’s song???..
..memori tercipta by shila oiam..
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kitakan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

..bila ika rindu ADIB, ika tgok gambar2 kita..
..masa tu seronok sangat kn??..
..ingat lg x mase sesi fotografi kelas kita??..
..bukan main lg kita hari tu amik gambar..
..banyak betul gambar kita amik hari tu..


..then, kenangan masa kita g jalan2 kat Terengganu??..
..only us..ADIB..
..kenangan yg paling ika x boleh lupa..
..ika rindu untuk pergi semula masa tu..
..kita gembira sangat2 hari tu kn??..
..1hari kita jalan2..


..on 31 ogos 2010..
..kita jalan2 pulak..
..kali nie kat rantau panjang..
..best sgt sbb jumpa cik froggy..
..solat kat masjid cam cina tu..
..yang paling ika suka, kita pergi PCB..
..really love beach..


..kalau ika nk cerita pasal ADIB, alamaknye x abes la 1 hari nie..
..terlalu banyak kenangan kita bersama..
..kenangan yang x boleh ika lupa..
..terima kasih selalu ade dengan ika..
..no matter what happens..
..ika sayang ADIB sangat2..

..bye..
http://www.emocutez.com
Read More

** good bye everyone **


 ..on 19 september 2010..

..last day kat uitm machang..
..last day kat negeri Kelantan..


..need time to cool down myself..
..keputusan yg ika buat nie memang datang dari ika sendiri..
..xde sape2 yang paksa..
..keputusan yang ika buat nie memang mengejutkan ramai orang..
 http://www.emocutez.com
..memang betul ika xpandai buat keputusan untuk hidup ika..
..keputusan yang ika buat selalunye salah..
..ika xpandai urus diri sendiri..
..ika mudah sangat buat keputusan terburu2..
..ika mudah menyerah kalah..
..that’s me..IKA..

..bagi ika, keputusan yang ika dah buat sekarang adalah keputusan terbaik..
..ika perlukan masa..
..semua berlaku dalam sekelip mata..
..ika xpandai kawal diri ika..
 http://www.emocutez.com
..last day ika kat uitm, ika jumpa budak2 kelas ika..
..orang pertama yg ika jumpa…BASYA..my sweet twin..
..she said, “basya xse jerik..”..but she’s crying..
..lepas tu, ika salam ngn semua budak2 kelas ika yg perempuan..
..n miss asma..
..then ika mintak maaf kat semua kalau2 ika ade buat salah selama ika berada dalam kelas tu..
..ika peluk basya n didi..
..ika peluk nora..my noty roommate..huhu
..ika!!! stop crying..

..semua org tanya..
..ika nk g mane????..
..i can’t answer that question..
..sorry..


..i’m gonna miss all of u..
..till we meet again..
..love u..
http://www.emocutez.com
Read More

kecantikan lelaki & kegagahan wanita

kecantikan lelaki
kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
lelaki yang cantik;
adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata utk ingatan pd Tuhan
adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran
adalah lelaki yg mmberi madu setelah menerima racun
adalah lelaki yg berlapang dada serta tenang
adalah lelalki yg sentiasa baik sangka dan
adalah lelaki yg tidak pernah putus asa
kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yg ada pada MUHAMMAD adalah
kecantikan sempurna seorang lelaki



kegagahan wanita
kegagahan wanita bukan pada pejal otot badan
tetapi kekuatan perasaan
perempuan yg gagah;
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan
adalah perempuan yg tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman
seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yg ehsan adalah
kegagahan sempurna bg insan bergelar perempuan....

*dipetik dr BULETIN TARBIYYAH*
MMP (4 OKTOBER 2004)

Read More

:: noktah cinta ika::

..akhirnya..
..cinta saya ternoktah untuk dia..

..berat keputusan yang diambil..
..tp itulah “keputusan”nya..
..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
..tu la peribahasa yg kita selalu dgr bila seseorang tu ditimpa musibah..
 http://www.emocutez.com
..saat dia pergi dari ika..
..dia masih bimbangkan ika..
..”sape akan paksa ika makan lepas nie?”..
..”sape akan paksa ika makan ubat lepas nie?”..
..”sape nk marah ika bila ika buat salah lepas nie?”..
..”sape nk marah ika bila ika degil lepas nie?”..
..”sape nk call ika sebelum tdo lepas nie?”..
..”sape akan pujuk ika bila ika nangis lepas nie?”..
..”sape nk gembirakan ika lepas nie?”..
..”SAPE??”..

..jangan tanya ika soalan tu..
..ika xde jawapan untuk soalan tu..
..nampaknya ika kena belajar urus diri sendiri..
..kamu dh 20 tahun atikah..
..kamu kena pandai jaga diri..
..jangan jd cam budak2..

..awak ingat lagi x?..
..awak bawak ika g bukit bunga, beli chaku..
..awak hadiahkan ika AL QURAN..
..awak berbuka puasa dengan ika tahun lepas..
..awak belikan ubat (madu lebah) bila ika sakit tahun lepas..
..awak bagi nota2 awak kat ika..
..awak ajar ika programming..
..awak jalan2 dengan ika bila petang..
..awak tegur ika bila ika pakai pakaian yang x elok..
..awak format laptop ika sbb awak tahu kn ika xpndai bab2 laptop..
..awak download citer katun untuk ika..
..awak dtg rumah ika bila papa pergi dari ika..
..awak bg ika semangat bila awak rasa ika dh lemah..
..awak bawak ika g tempat yg paling ika suka..pantai..
..awak bawak ika g bazaar ramadan..
..awak belikan nasi kerabu untuk ika..
..awak berbuka dengan ika untuk terakhir kali tahun nie..
..awak ingat lagi x?..
..awak tahu x, ika dh xnk ingat dh semua nie..
..ika kna mula lupakan semua nie kn..
 http://www.emocutez.com
..ika harap awak bahagia pada mase hadapan..
..bukan sahaja bahagia tp lebih bahagia dari sekarang..
..mulakan hidup baru..
..ika pon “sedang” mulakan hidup baru..
..apa2 yang berlaku pada ika lepas nie bukan salah awak..
..semua itu kehendakNya..

..ika pernah bagitahu awak kn kenapa Allah SWT temukan kita dengan orang yang salah..
..ika jugak pernah bagitahu awak kn kenapa ika buat semua nie..
..ika kena terima kenyataan..
..semua orang diuji..
..sekarang adalah masa ika diuji..
..ika terima segalanya..
..ika tahu Allah SWT sentiasa ada bersama hambanya..
 http://www.emocutez.com
..untuk awak..
..jaga diri baik2..
..jangan sedih2..
..jaga dia baik2..
..belajar sungguh2..
..jangan nakal2..

..till we meet again..
..insyaAllah..
..ntah bila,  kat mane, bagaimana..
..hanya Tuhan yang tahu..

..cinta ika untuk awak terhenti di sini..
 http://www.emocutez.com
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com