Maher Zain - For the Rest of My Life | ماهر زين - لبقية حياتي

Read More

Wanita dan Kubur.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda.

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah diadari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknyayang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata.

Aku bertanya kepada Rasulullah:

"siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita"

Jawab Rasulullah:

"Suaminya."

"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"

JawabRasulullah:

"Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara,malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginyadaripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAk LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Read More

..kami gumbira =)

..24 julai 2010..
..hari paling menggumbirakan..
..huhuhuhu..

..seharian ika bersama ADIB..
..seharian kami bergelak ketawa..
..seharian kami bermain..
..seharian kami kepenatan..
 http://www.smileycodes.info
..on d way nak pergi bergumbira tu, ika call mama..
..call bnyak kali tau tp xde org angkat..
..adush..
..then, cuba lg..
..yes! dpt ckp ngn mama..
..ika :: mama, ika dh otw nk g Terengganu nie..
..mama :: ok..dok molek2 sano tu..jange main air..
..ika :: jange main air????
..mama :: yo la..
..adoyaii…mama xbg main air..ish3
..tp xpe la..
 http://www.smileycodes.info
..from machang, kitorang pergi bukit keluang kat Terengganu..
..pastu kitorang pergi pulak kat pantai air tawar..
..then, going to tok bali..
..last skali kitorang pergi jeram mengaji kat pasir puteh..





..kami semua gembira yang teramat sgt..
..dpt menenangkan jiwa..
..menghilangkan semua masalah..
..menghabiskan masa bersama sepanjang hari..

..ika sayang AIN..
..ika sayang DIDIE..
..ika sayang BASYA..
 http://www.smileycodes.info
..ika bersyukur dapat sahabat cm AIN, DIDIE n BASYA..
..terima kasih utk smua sokongan n nasihat yg ADIB bg kat ika..
..ika mintak maaf ika dh bnyak susahkan ADIB..
..dlm ADIB, ika la yg paling bmasalah..kn???
..ika still lg kuat sekarang sebab ika ade ADIB..
..ika harap persahabatan kita nie utuh sampai bila2..amin..
..thanks for the happening trip..
Read More

Nota Cinta-Saujana




Lirik Lagu Saujana - Nota Cinta

Andainya dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta


Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah
Read More

KARAKTER WANITA ISLAM

Karakter ini merupakan hiasan utama terbentuknya masyarakat Islam dan tertegaknya sistem Islam di muka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia. Kesepuluh karakter itu adalah :

Salimul Aqidah :: Bersih akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

Sahihul Ibadah :: Benar ibadahnya menurut Al Quran dan As Sunnah serta terhindar dari segala bid’ah yang dapat menyesatkannya.

Matinul Khuluq :: Mulia akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadiaan yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil’Alamin).

Qawiyul Jismi :: Kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah / anugerah dari Allah SWT.

Musaqaful Fikri :: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi di sekitarnya.

Qadirun ‘alal Kasbi :: Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.

Mujahidun Linafsihi :: Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.

Harisun ‘ala Waqtihi :: Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. Kerana waktu kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT.

Munazham Fi Syu’unihi :: Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.

Nafi’un Li Ghairihi :: Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan sepuluh karakter yang dikemukakan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dalam kehidupan kita.Amin.

http://www.smileycodes.info
Read More

..saya budak uitm..

..huhuhuhu..
..third week in uitm..
http://www.smileycodes.info 
..dh start belajar semua subjek..
..dh start merangka projek2 khas..
..dh start kuiz..
..and..
..dh start penat..
..hahahahhaa..
..selalu je penat..
..aduyaiiii..

..jom tgk job scheduling ika..
..hihihihihihi..


Read More

ANTARA 2 QIBLAT…..

"Apakah doa kamu wahai anak gadis?"
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk
solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh? Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Maka halatuju suami isteri tidak sekata dan sematlamat, jadilah kehidupan itu 2 qiblat, ataupun mewujudkan dalam rumahtangga itu, dunia ku dunia mu, …..maka apa yg di mimpikan jauh sekali drp yg......... apa di impikan….wallahu’alam.


 http://www.smileycodes.info
Read More

10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG

1.  SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti akan terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri.
Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu.
Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu.
Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2.  SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur.
Dia sanggup mencari hiburan di luar rimah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu isterinya.
Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3.  HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.
Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.
Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga.
Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang.
Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia.
Mati kamu kena serang!

4.  LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya.
Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkonsi kasih dengan keluarganya yang sah.
Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya.
Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!

5.  MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya.
Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang.
Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6.  SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.
Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja.
Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat.
Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7.  PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu.
Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya.
Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8.  KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu.
Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words”.

9.  BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tidak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru.
Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu.
Jika perbuatan si dia diketahui isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiii... Kasih ke mana, sayang ke mana.
Tinggal kamu seorang yang menderita!

10.            MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun.
Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat.
Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.
Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan.
Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... khususnya wanita.
Read More

birthday girl...AIN


..HAPPY BIRTHDAY AIN CAYAM!!!..

..ain..
..ika harap ain sihat sentiasa..
..belajar rajin2..
..jgn noty2 ek..
..ika syg ain..


..didie, ika n basya sebenarnya rancang befday surprise utk ain dh 2, 3 hari..
..tp plan tu asyik berubah-ubah..
..hahahahaha..


..kebetulan plak klas yg kul 2 hri nie cancel..
..so, ika pon keluar la ngn kak mawar pergi beli kek n kfc kat pasir puteh..
..tapi ain xtahu kn?? huhuhu..

..ika mesej didie sruh ajak ain g foodcourt lpas asar..
..then, ika plak lpas siap2 beli smua tu, ika g amik nora plak kat umah sewa..
..ain tahu x, ika nmpak ain kuar dari umah sewa td..
..ain nk g foodcourt kan..?
..tp ika n kak mawar punyer la menyorok kat dlm kete tu..
..xnk bg ain nmpk..
..pastu ika amik nora..
..then, k.mawar hntar ika n nora kat foodcourt..
..dia sakit kepala sbb tu xjoin..

..tadaaaaaaaaaaaaaa..
..surprise for u ain..
..tapi sedih betul sbb td hujan kn..
..xpe la..
..kita still enjoy smpai perut sudaa kenyang..


..pe2 pon..
..ika, didie n basya ucapkan ain selamat hari lahir yg ke 20..
..kita semua dh masuk 20 tahun..
..kak long + kak ngah + kak chik + kak su..
..semoga kita semua berjaya!!..
..love ADIB..
Read More

shoooooting time..

..hari yang memang menggembirakan ika..
..sebab???..
..hari ni kelas ika ade sesi fotografi..
..walaupon xramai yg hadir kat sesi tu, tp ika appreciate la yg pergi sesi tu..
..nie kan last sem kita kat uitm..
..sem dpan dh praktikal..
..bila lagi ika nk amik gmbar kn??..
..last skali kita amik klas pon mase part 1..

..while waitim utk amik gmbr, kitorang pon amik la dlu gmbr ktorang sendiri..
..enjoy sesangat..


http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info
Read More

tag dari moolay!!!

Thanks moolay cayam sbb tag ika..
Sorry sbb baru buat tag nie..

..nice tag moolay..

Nama panggilan:
..family ika panggil ika nie AUNTIE..
..kwn2 kat skolah rendah dlu pggil ika nie EKAH..
..kwn2 kt skolah menengah plak pggil ika nie TIKAH..
..kwn2 kt uitm nie pggil IKA..
..dia tu pggil ika nie PUK PUK..

Saya suka:
..makan..
..tido..
..blogging..
..chatting..
..crying..
..laughing..
..jalan2 kat pantai..

Sahabat-sahabat baik saya:
..ain..
..didie..
..basya..

Saya tak faham:
..diri saya sendiri..
..calculus..

Ramai yang kata saya:
..penakut..
..tak tegakkan kebenaran..
..cepat mengalah..
..manja..

Saya paling meluat bila:
..pernah ke ika meluat??? jp ek ika fikir dlu..hihihihi
 
Aktiviti / program hari ini:
..surprise befday for ain..

Perancangan hujung minggu:
..pergi pc fair kat kb mall..

Saya rasa kesal bila:
..ika tak tegakkan hak ika..
..ika tipu diri sendiri..
..berkorban untuk bahagiakan org lain walaupon diri sendiri xbahagia..

Saya rasa saya seorang yang:
..penakut..
..tak pandai buat keputusan..
..pentingkan perasaan org lain lebih drpd perasaan sendiri..

Pengalaman pahit untuk minggu ini:
..tido dlm kelas..hahahaha..http://www.smileycodes.info

Pengalaman manis untuk minggu ini:
..amik gambar kelas csd5ka..
..surprise befday utk ain..
..amik gmbar dgn ADIB..

Kali terakhir tengok wayang:
..ika tak pernah tgk wayang..

Dalam seminggu saya akan up-date blog sebanyak:
..biasenye ika akan update hari2 tapi memandangkan skrg nie agak sibuk, ika jarang sgt update..bila dh dpt pluang update, ika akan update sebnyak mgkin..

..thanks..
http://www.smileycodes.info
Read More

deraks wif ADIB

..ain, didie, ika n basya pergi jalan2 kat kb mall..
..actually kitorang berempat nie tak pernah pon sampai kb mall dengan keempat-empatnya sekali..
..kadang2 ika pergi dengan ain jer..
..yang banyak sekali, dengan basya la sbb basya dok kb jugak..sme cm ika..
..didie plak yang paling jarang sgt2 kuar ngn ika sbb rumah dia jauh wooo..
..then, bila dh ade kesempatan kuar berempat nie, ika hepi sesangat..
..bukan senang tau ADIB nak kuar..

..ika n didie are searching http://www.smileycodes.infofor our new shoes..hahaha
..cari punyer cari sampai semua kedai kitorang pergi..
..yang sedihnye, ika berkenan kat 1 kasut nie..BUM punyer..
..punyer la cun kasut tu..
..dh la yg baru punyer..
..ade wrna biru n pink..
..tp ika nk wrna HITAM!!!..
..xde harapan nk beli kasut tu sbb ika nk hitam jugak..
..so, terpaksa la cari kasut yang lain..

..lastly, ika jumpa jugak kasut yang berkenan di hati..
..ika harap kali nie dia setia la ngn ika..
..hahahahahah..
..pe kaitan ngn setia ek???..


..tadaaaaa..
..lawa x??..
http://www.smileycodes.info
..lepas sudaaaa puas pusing2 sampai sudaaaa penim..
..kitorang pon bertolak la pergi ke rumah ika..
..then, solat n eat2..
..waiting for our sweet kak mawar..
..pastu, kitorang pon bertolak la pulang ke MACHANG dengan perasaan gumbira sekali..
..walau bagaimanapon, kitorang amatlah penat sekali sehinggakan our kak mawar membebel sorang2 dlm kete..http://www.smileycodes.info
..thanks kak mawar sbb bagi tumpang balik machang..
..thanks..

Read More

Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..


Assalamualaikum wbt.
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki
bersamanya ke dalam neraka.

Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik
oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan
adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan
perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA.

AMIN..... YA RABBALALAMIN.

http://www.smileycodes.info
Read More

Hawa



Wahai Hawa, Sedarlah..


Tangan yang menggoncang buaian.. boleh menggoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.http://www.smileycodes.info

Tapi hawa..


jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!


Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.



Hawa,



Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.http://www.smileycodes.info


Wahai Hawa,



Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,


Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.


Tetapi hawa,



Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu..http://www.smileycodes.info
Read More

10 tempat didunia yang tertutup untuk umum

Inilah tempat-tempat yang tertutup untuk umum atau rahsia:

1. RAF Menwith Hill


RAF Menwith Hill adalah pangkalan militer Inggris dengan koneksi ke jaringan mata-mata ECHELON global..berisi beragam stasiun bawah tanah satelit dan komunikasi peringatan mencegat rudal dan telah digambarkan sebagai stasiun pemantauan elektronik terbesar di dunia.
Situs ini bertindak sebagai stasiun tanah untuk beberapa satelit yang dioperasikan oleh US National Reconnaissance Office, atas nama Badan Keamanan Nasional AS, dengan antena yang terkandung dalam jumlah besar sangat khas radomes putih, dan diduga menjadi unsur dalam sistem ECHELON. ECHELON dilaporkan diciptakan untuk memantau komunikasi militer dan diplomatik dari Uni Soviet dan Blok Timur sekutu selama Perang Dingin pada awal tahun 1960-an, tetapi sejak akhir Perang Dingin dipercaya untuk mencari petunjuk juga untuk mencari teroris, Rencana Peredran Obat”an terlarang, dan kecerdasan politik dan diplomatik. terlibat juga dalamlaporan spionase komersial dan diyakini untuk menyaring semua telepon dan komunikasi radio diseluruh bangsa-bangsa dan ini merupakan pelanggaran privasi yang ekstrem

2. Gunung Cuaca Pusat Operasi Darurat

Ini adalah tempat yang tidak hanya tertutup untuk umum, tetapi ini adalah tempat yang berharap masyarakat tidak perlu masuk! Di sebagian besar Film” “akhir dunia” yang kita lihat Seperti {2010} , selalu ada daerah yang sangat rahasia di mana pejabat pemerintah AS dan segelintir orang bisa pergi dengan harapan bahwa mereka dapat melepaskan diri dari azab yang akan datang. Bukit Cuaca Pusat Operasi Darurat adalah nyata. Didirikan pada tahun 1950-an akibat perang dingin tetapi tetap beroperasi sampai hari ini. Alasan yang jelas operasinya sangat rahasia. dijalankan oleh Federal Emergency Management Agency (FEMA). berfungsi dan bahkan dalam bencana lokal kecil di AS, sebagian besar lalu lintas telekomunikasi diarahkan melalui Tempat Ini
3. Ise Grand Shrine

Ise Grand Shrine di Jepang (yang sebenarnya serangkaian lebih dari 100 tempat-tempat suci) adalah kuil yang paling suci di Jepang. kuil ini didedikasikan untuk Amaterasu (dewi matahari) dan telah ada sejak 4BC. Kuil utama diduga untuk menyimpan item yang paling penting dalam sejarah kekaisaran Jepang: yang Naikū (cermin dari mitologi Jepang yang akhirnya berakhir di tangan kaisar pertama). Rumah suci itu dirubuhkan dan dibangun kembali setiap 20 tahun sesuai dengan ide Shinto kematian dan kelahiran kembali (berikutnya akan pembangunan kembali pada tahun 2013). Peringkat ini sangat tinggi dalam daftar tempat-tempat yg agan ga bisa masukin karena satu-satunya orang yang bisa masuk adalah imam atau pendeta dan ia harus menjadi anggota keluarga kekaisaran Jepang. , kecuali kita merupakan Pangeran atau Putri Jepang.
4. Kamar 39

Kamar 39 atau 39 adalah diklaim merpakan salah satu organisasi rahasia di Korea Utara yang mencari cara untuk memperoleh mata uang asing untuk Kim Jong-il, Ketua Komisi Pertahanan Nasional Korea Utara. Kamar 39 didirikan pada akhir 1970-an. telah digambarkan sebagai lynchpin Utara atau disebut “pengadilan ekonomi” berpusat pada dinasti keluarga Kim. Tidak diketahui bagaimana nama ini berasal. Sangat sedikit informasi tentang Kamar 39 karena sifatnya adalah organisasi yg sangat Rahasia, tetapi banyak spekulasi bahwa organisasi itu menggunakan 10-20 rekening bank di Cina dan Swiss untuk tujuan pemalsuan, pencucian uang, dan transaksi ilegal lainnya. Juga menuduh bahwa Kamar 39 yang terlibat dalam penyelundupan narkoba dan penjualan senjata gelap. Diketahui, juga organisasi ini memiliki 120 perusahaan perdagangan asing di bawah yurisdiksi dan berada di bawah kendali langsung Kim Jong-il . Korea Utara telah membantah terlibat dalam kegiatan ilegal apapun. Kamar 39 diyakini berada di dalam sebuah Kantor Partai Buruh bangunan di Pyongyang, ibukota Korea Utara
5. Area 51

Area 51 adalah nama panggilan untuk sebuah pangkalan militer yang terletak di bagian selatan Nevada di barat Amerika Serikat, 83 mil (133 km) utara-barat laut dari pusat kota Las Vegas. Terletak , di pantai selatan Groom Lake, merupakan lapangan udara militer besar Yg Rahasia. tempat ini adalah tempat untuk mendukung pengembangan dan pengujian eksperimental pesawat dan sistem senjata. Kerahasiaannya sangat ketat yang karena ada peringatan yg mengelilingi pangkalan, sampai keberadaannya sendiri pemerintah Amerika Serikat hampir tidak mengakuinya, Muncul gosip” Bahwa terdapat UFO buat US disana, sampaiterdapat Peringatan Yg Berbunyi Kami Tidak Bertanggung jawab atas Keselamatan Jiwa Anda Jika Masuk Kearea.
6. White’s Gentlemen’s Club

Club White’s adalah sebuah Club yg sangat esklusif Khusus Untuk Pria” Eksekutif Inggris. didirikan pada 1693 oleh Francesco Italia Bianco (Francis Putih) yg menjual cokelat panas tapi akhirnya menjadi khas (namun sangat pribadi) gentlemen’s club. Club Ini Juga terkenal Dengan arena berjudi, Tidak sembarangan Orang masuk kesana, seseorang yg akan masuk harus ada yg membawanya { member yg membawanya} Minimal 2 Orang. kecuali dia punya Royalti di Club tersebut atau orang Yg Berpengaruh di Politikatau Bidang seni.
7. Metro-2 di Moskow

Metro-2 di Moskow, pihak Rusia telah mengakui terdapat sistem metro bawah tanah rahasia yang sejajar Metro Moskow publik. Sistem ini dibangun pada masa Zaman Stalin dan memiliki nama kode D-6 oleh KGB. Metro 2 Dibangun Untuk kegiatan intelijen KGB . Maupun FSB {Dinas keamanan Federal Rusia} Rusia,dan sebagai Tempat Untuk Menaruh Arsip” Penting. Tidak sembarang Orang Masuk Kesana namun Kenyataannya Pihak KGB maupun FSB sendiri Membantah tempat tersebut ada.
8. Club 33

Disneyland merupakan Tempat Berekreasi Untuk umum Tapi ada satu tempat Yg tiadak Boleh sembarang Orang Masuk Kesana . Tempat Itu Benama Club 33.,Club 33 terletak terletak di jantung kota New Orleans Square bagian dari Disneyland.dijaga secara resmi sebagai fitur rahasia dari tema taman, pintu masuk klub tersebut terletak di sebelah Blue Bayou Restoran di “33 Royal Street” dengan pintu masuknyamempunyai cri” ada hiasan piring dengan jumlah 33 terukir di atasnya. Club ini merupaka Klub Untuk Minum’ dan sarana Lainnya. agan harus jadi member dulu sebelummasuk kesana, Biaya membernya kisaran 10 sampai 30USD,
9. Ruang Arsip Di Vatikan

Ruang Arsip DiVatikan, Agan Bisa Membaca Semua Arsip yg Ada,Tapi agan Ga bisa masuk Kedalamnya. agan harus memesan dahulu sebuah arsip yg diperlukan baru nanti di ambilkan. tercatat ada sekitar 35.000 Buku dalam Katalog tersendiri disana.
10.Mezhgorye

Mezhgorye adalah kota tertutup di Rusia yang diyakini merupakan Tempat Tinggal Bagi orang yang bekerja di Gunung Yamantaw yg sangat rahasia.Kota ini didirikan pada tahun 1979. Gunung Yamantaw berdiri di 1.640 meter (5.381 kaki) dan merupakan gunung tertinggi di Ural selatan. sama dengan Kosvinsky Mountain (600 km di utara), Diklaim oleh Amerika Serikat merupakan Tempat Rahasia sebagai fasilitas nuklir dan / bungker. Gelagat proyek Besar Ini telah diamati oleh satelit AS i baru-baru ini dari akhir 1990-an, pada masa Boris Yeltsin yang pro-pemerintah Barat / setelah jatuhnya Uni Soviet. dibangun lah fasilitas ini. mengomentari Klaim AS telah menghasilkan beberapa tanggapan dari pemerintah Rusia mengenai Gunung Yamantaw. . Mereka telah mengatakan itu adalah murni lokasi pertambangan, repositori untuk harta rusia, tempat penyimpanan makanan, dan sebuah bunker bagi para pemimpin dalam kasus perang nuklir.

http://www.smileycodes.info
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com