Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

© Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia.
© Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.
© Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet.
© Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
© Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini.
© Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. © Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998.
© Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])

Ulasan

© Secara tradisional, penyiaran, telekomunikasi dan pengkomputeran difikirkan secara terpisah.
© Dengan perkembangan teknologi digital, adalah menjadi tidak realistik untuk mengekalkan suatu pemisahan diantara bidang-bidang ini.
© Jadi, undang-undang ini telah digubal bagi menggantikan dua undang-undang sedia ada berkaitan telekomunikasi dan penyiaran, iaitu Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.
© Dengan tergazetnya akta ini, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan (kemudiannya diganti kepadaKementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia).
© Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com