Kebaikan Susu Penuh Untuk Tulang Yang Kuat

2 komponen nutrisi yang penting untuk membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda adalah kalsium dan vitamin D yang boleh didapati terutamanya dari produk tenusu. Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

http://www.emocutez.com

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita. Kekurangan vitamin D yang berfungsi sebagai penyerap kalsium mendedahkan kanak-kanak kecil dan bayi kepada penyakit riket. Penyakit riket juga dikenali sebagai penyakit tulang lembut yang menyerang bahagian tulang dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok, tumbesaran terbantut dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit pada otot badan serta badan menjadi lemah.

Satu lagi penyakit yang selalunya menyerang kebanyakan wanita berusia adalah penyakit Osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tisu tulang menjadi rapuh, nipis dan anjal. Tulang mudah patah dan tulang belakang mula hancur dan jatuh. Ini diakibatkan oleh kurang pengambilan kalsium ketika usia muda. Walaupun Osteoporosis selalunya menyerang mereka yang berusia, namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tabiat makan yang buruk dan kurang pengambilan kalsium juga sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Kajian oleh pakar menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan tulang secara menyeluruh dan mampu mengurangkan kadar kegagalan fungsi tulang disebabkan oleh peningkatan usia.

Beri galakan dan motivasi kepada anak-anak anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman yang amat penting untuk kesihatan tulang. Dengan hanya membawa anak-anak anda pergi berjalan-jalan atau berjoging sudah cukup untuk membantu mereka membina dan mengekalkan tulang yang sihat. Jangan biarkan anak-anak duduk sahaja di rumah sambil bermain permainan komputer atau aktiviti pasif kerana ia mampu membuatkan tulang mereka menjadi lemah.

http://www.emocutez.com

Paling penting, anak-anak anda yang berusia di antara 1 dan 2 tahun harus diberikan susu penuh kerana kandungan diet lemaknya sangat diperlukan oleh mereka untuk membantu perkembangan fizikal dan mental yang normal. Susu penuh dihasilkan daripada 100% susu lembu asli dan diperkaya dengan pelbagai jenis nutrien yang sangat penting untuk perkembangan anak-anak anda.

NUGROW mengandungi susu penuh yang menjanjikan segala kebaikan bukan sahaja untuk perkembangan mental anak-anak anda malahan juga untuk perkembangan fizikal mereka. Diperkaya dengan kandungan kalsium yang tinggi dan vitamin D, ia mampu membantu membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda dan melindungi mereka daripada risiko tulang rapuh. Berikan anak-anak anda nutrient yang amat berharga daripada NUGROW dan biarkan mereka bergerak aktif tanpa perlu risau lagi.
Apabila anak-anak mendapat sumber kalsium yang mencukupi dan juga aktif dalam aktiviti fizikal semasa usia kanak-kanak dan remaja, mereka akan mampu memulakan alam dewasa mereka dengan tulang yang kuat dan sihat.

2 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com