++ Jambatan Empangan Hoover ++

tertarik pada satu artikel bila bace harian metro td..

sebelum


selepas

JAMBATAN Empangan Hoover adalah satu binaan baru paling hebat yang amat mengagumkan di dunia.
http://www.smileycodes.info
Ia adalah jambatan lengkung pertama yang dibina daripada paduan keluli konkrit di Amerika Syarikat (AS) dengan berlatarkan Empangan Hoover yang menjana kuasa elektrik ke negeri Nevada dan Arizona.

Pembinaan projek gergasi yang menelan belanja kira-kira AS$240 juta (RM765 juta) itu dibina bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya 93 di AS yang menghubungkan Las Vegas di Nevada dengan Arizona dan Grand Canyon di timur.

Jambatan itu dijangka dapat menampung penggunaan 17,000 kenderaan setiap hari selepas laluan asal di atas Empangan Hoover bakal ditutup.

Penutupan laluan asal yang menjadi nadi pengguna jalan raya antara Nevada dan Arizona selama ini dibuat atas faktor keselamatan. Buat masa ini hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui laluan itu.

Laluan yang dibina pada 1936 itu akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan pada November ini.

Sementara itu, Jambatan Empangan Hoover yang baru direka bentuk oleh syarikat TY Lin International. Jambatan itu mempunyai empat lorong dan direka dengan berlatarkan Empangan Hoover. Struktur jambatan dibina menggunakan kabel keluli sepanjang 701 meter yang dipasang menggunakan jentera kren dan membabitkan seramai 3,000 pekerja.

Lengkungan pada jambatan dibina menggunakan 106 keluli dan konkrit berbentuk melengkung dengan setiap satu sepanjang 7.3 meter.

Jambatan itu mengambil nama sempena nama bekas Gabenor Nevada, Mike O’Callaghan dan Pat Tillman, bekas pemain bola Liga Amerika (NFL) yang meninggalkan perlawanan liga kebangsaan untuk menyertai tentera selepas insiden serangan 11 September 2001. Tillman terbunuh pada 2004 dalam kejadian kebakaran di Afghanistan.
http://www.smileycodes.info
Seorang penduduk Santa Fe, Jamey Stillings, 38, begitu teruja dengan pembinaan jambatan itu dan dia sudah mengambil gambar projek berkenaan selama 18 bulan lalu iaitu sejak Mac 2009.

"Saya sedang memandu dari Nevada ke Arizona melalui laluan di atas Empangan Hoover apabila terpukau dengan pemandangan projek jambatan gergasi itu. Struktur jambatan itu benar-benar memikat hati saya,” kata Stillings.

Stillings lalu bercadang untuk mengambil gambar projek jambatan itu secara berperingkat.

“Saya seperti jatuh cinta pandang pertama sebaik melihat pembinaan jambatan itu dan terus berhasrat memulakan projek fotografi mengenainya. Saya pernah menjadi jurugambar di zon perang Nicaragua dan juga untuk syarikat pengiklanan. Jadi, tidak mustahil saya tidak terpikat dengan sesuatu yang cukup menakjubkan seperti ini,” katanya lagi.

Stillings sudah mengunjungi projek pembinaan jambatan gergasi itu sebanyak 10 kali. Dia juga sudah menghabiskan selama 26 hari di tapak projek bersama pekerja di situ dan mengambil sebanyak 12,000 gambar. — Agensi
 http://www.smileycodes.info

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com