TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan  disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun  semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar  atau  tidak  sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki  akan  mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti  daging lembu  yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di  hati  bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut  dengan  kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan  lenyap  begitu  sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah  peluang  terbaik  untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri  dengan  amalan  dan  urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.  Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang  letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula  mengikuti  kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas  lalu dan  jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan  seakan-akan  bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya  untuk mencabut  nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi  kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita  selepas itu  supaya  perut  kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan  urusan  orang  yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi  orang  yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika  kita  melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur  masuk  ke  dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke  depan  dan  sukar  ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan  di  sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
 
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya  akan  naik  ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan  berdiam  diri  dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita  kembali kepada  Allah  SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan  mematikan  pula.

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com