Saudariku (*,*)

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT..
Tidak  sedikit pun Allah SWT membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..
Kerana Allah SWT teramat menyintainya..
Tetapi..
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki..
Di mana Allah SWT untuk menjaga kita?..
Allah SWT seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita..
Jika Allah SWT datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki..
Ini bermakna Allah SWT mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..
Mengapa masih ragu2?..
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..
Hargailah di atas kesempatan yang Allah SWT berikan..

“sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya”..imam ghazali..

Saudariku..
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan..
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Saudariku..
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu..
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..
Dari hidup dalam kesesatan..
Kerana jangan lupa saudariku..
Muliamu bukan pada PANGKAT & HARTA..
Tapi kerana Islam..



Saudari kesayanganku..
Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan..
Supaya timbul rasa KESABARAN & KEJUJURAN..
Setiap yang payah itu ada KESENANGAN..
& setiap KESABARAN itu pasti ada ganjaran..

Jika sesuatu itu DITAKDIRKAN untuk kita..
Tiada siapa yang boleh memberi halangan..

Namun..
Jika sesuatu itu bukan DITAKDIRKAN untuk kita..
Pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman..

YAKIN & PERCAYALAH..
Allah SWT telah tuliskan apa yang TERBAIK untuk hamba2Nya..

“Kadang kala Allah SWT hilangkan mentari..
Kemudian Dia datangkan guruh..
Puas kita menangis mencari mana mentari kita..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..”

Sabarlah duhai insan..
Ada KEMANISAN di sebalik setiap KEPAHITAN..


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com