Janna Demam Lagi

kesinambungan daripada balik dari hospital. paginya terpaksa la mama amik cuti untuk tengokkan Janna. lama pulak rasanya dia demam kali nie. biasa hari ke 4 atau 5 dah hilang demamnya. nie dah seminggu masih demam.

malam tak dapat tido. lepas bagi makan ubat belah pagi walaupun terpaksa berperang nak suap ubat, mama terpaksa jugak suapkan. lepastu ika bedung Janna nak bagi dia tido lama sikit. nak bagi Janna rehat supaya dia cepat sihat. rinduuu nak main dengan dia.



bila dah bangun, kami sajelah dok urut badan dia sebab tahu dia memang suka kena urut. hahahaha ! maktok pon layan je lah cucu dia sorang nie yang mengade sangat haih.


belah malam. tido pon nak kena berpeluk. nak kena pegang dia. badan tak sihat. so, mama layankan je lah sebab mama nak anak mama nie cepat sembuh. boleh main macam biasa. nie demam nak dapat akai ape pulak nie.
Read More

Janna demam panas

balik dari kampung, melepet la kami anak beranak kat rumah. ika dah mula batuk. Janna pulak batuk tak hilang lagi walaupun dah makan ubat. bila malam, badan dia mula panas. 3-4 malam jugak macam tu. dengan badan panas, dengan batuk sampai muntah-muntah. akhirnya malam kelima tu, ika dah tak keruan. ika ajak suami pegi emergency sebab badan Janna makin panas. dah masuk 5 hari Janna masih tak ok walaupun dah makan ubat.



macam-macam kami dah ikhtiarkan untuk bagi Janna sihat. basahkan badan dia selalu. tu haaa, tampal kool fever nak bagi badan dia kurang panas. mandikan dengan air lemon. bagi ubat tu for sure la kan. tapi masih jugak tak mau hilang demam dia. lastnya, malam tu lebih kurang 1.30pagi dah. Janna asyik dok merengek sambil hisap susu. ika tahu dia tido pon tak lena. badan dia tak selesa. ika yang bersentuh kulit dengan dia pon dapat rasa panasnya badan dia masa tu. kejut suami utk bawak Janna ke emergency.

sampai emergency, diorang terus check suhu. memang tinggi. then, diorang mintak ika suapkan ubat syrup tu kat Janna. lepas bagi ubat tu, Janna terus muntah. banyak. kelam kabut ika dengan suami. kami tunggu turn untuk jumpa doktor. masa nie Janna dah ok sikit. dah tak menangis. then, jumpa doktor. doktor amik darah. sementara tunggu keputusan darah, ika tidokan Janna.


budak yang tak lekang dengan senyuman walaupun tengah tak sihat. lebih kurang 3 jam jugakla kami kat situ. nasib baik Janna ok ja tak buat perangai. dia dapat tido kejap. then, doktor panggil untuk keputusan darah tu. Alhamdulillah darah Janna ok. takde ape masalah. so, doktor bagi balik dan makan ubat.

kami berharap sangat Janna sihat macam biasa. sangat tak seronok tengok anak tak sihat. Janna nie dah la susah makan ubat. dia bukan tak suka makan ubat. dia tak suka orang dok push dia. hahahaha ! bila kita paksa dia makan ubat, lagi kuat dia menangis. kena buat macam nak bagi makan baru dia ok. permainan minda :P
Read More

Taman Perbandaran Tengku Anis

sementara ada kat kampung walaupun kami balik kejap je tengok keadaan mama, kakak dengan adik bawak la kami jalan-jalan amik angin. kesian jugak tengok si Janna yang dok terperap je dalam rumah. kat Ipoh pon dok terperap. balik kampung mama pon dok terperap jugak ye Janna. aduuu.

makanya pergilah kami berjalan-jalan kat Taman Perbandaran Tengku Anis. dah lama sebenarnya ika tak ke sini. masa dok Kelantan dulu ika selalu jugak la ke taman nie sebab taman nie luas. seronok berjalan. hahahaha ! tapi selalunya dok bawak anak saudara la dok main mainan diorang tu. kali nie bawak anak sendiri pulak lah.


kat sini selain daripada taman mainan untuk anak-anak korang, ade juga haiwan-haiwan. lebih kurang zoo la. tapi kat sini idak la banyak jenis pon haiwan. hehehe. Janna pon ralik je dok tengok haiwan tu semua. gemuk gedebab semua.



anak tengok makpak selfie. kahkah !


habis sudah satu taman kami pusing. semua dh penat. semua dah kelaparan. last but not least, haruslah selfie. waaaaa. seronoknya dapat jalan-jalan dengan family. dah lama tak berkumpul ramai-ramai. ini baru 3 beradik. kalau cukup 8beradik berkumpul dengan anak masing-masing, mau lagi meriah. heeee

itu sahaja kesempatan yang kami ada. esoknya, kami 3 beranak dah nak naik bas balik Ipoh semula. ape pon, seronok sangat dapat balik kampung jenguk mama walaupun sekejap. jumpa raya nanti pulak ^^
Read More

Janna batuk

sampai je Kota Bharu, ika mintak tolong abang ika hantar kami ke klinik sebab batuk Janna makin teruk. ika nie sejenis mak-mak yang tak boleh tengok anak tak selesa. Janna walaupun dia batuk sampai muntah-muntah, dia tetap main cuma tak seaktif masa dia sihat.

bila malam, mulalah Janna batuk sampai muntah-muntah 3-4 kali jugakla. sebab tu masa balik kampung, ika terpaksa prepare baju lebih untuk Janna in case benda macam nie jadi. memang tiap malam akan tukar baju dia 3-4 kali sebab muntah. first time dia demam dulu masa umur 8bulan. yang nie jadi masa 9bulan. beralih bulan barangkali.



korang tengokla bila Janna batuk. nie suami ika yang tangkap gambar. bila masuk jumpa doktor, doktor cakap Janna tak demam. kahak pon takde. makanya kami balik je lah. tapi doktor tetap jugak bagi ubat untuk Janna. kami just pantau suhu badan dia sebab badan dia kejap panas, kejap ok. seriously ibu mana yang tak risau tengok anak dia tak sihat kan >.<
Read More

Janna pertama kali naik bas

bulan lepas ika terima khabar kurang gembira daripada keluarga ika di kampung. mama ika jatuh dalam bilik air. luluh jugaklah hati nie bila tengok gambar yang adik hantar. masa tu, suami ika pulak tengah berkursus di Kuala Lumpur selama seminggu. depan mak mertua, menangis la jugak. wuwuwuww. maap. hati tisu. hikss

disebabkan suami ika tengah berkursus, so memang tak boleh la kami nak balik terus masa tu. dengan Janna tengah demam. ika kalau boleh masa tu jugak nak balik. tapi apekan daya. kena lah bersabar. kena tunggu suami ika habis kursus dan balik Ipoh dulu.

lastnya kami decide untuk balik kampung kat Kota Bharu tu dengan bas sahaja. ika yang mencadangkan sebab kesian tengok suami ika. dia baru je habis kursus kat Kuala Lumpur. macam berkejar-kejaran. Ipoh-Kuala Lumpur memang la tak jauh mana tapi perlukan tenaga jugak kan.


seriously memang dah lama sangat ika tak naik bas. sejak kahwin, memang dah tak naik bas balik kampung. sebelum tu rajin sangat la naik bas nie balik kampung la, pegi kl la. dengan keadaan Janna yang masa tu tengah demam, memang ika dengan suami tawakkal sahaja la. masa hari beli tiket tu dia masih ok tapi sehari sebelum nak naik bas, dia mula demam. badan panas. batuk. memang kami risau. suami ika cakap Insya Allah takde ape.

tengokla muka Janna yang masam tu. badan tak selesa. ika just harap dia tido je sepanjang perjalanan tu. ye la. bukan dekat. jauh kot Ipoh-Kota Bharu. ika risau dia menangis je dalam bas tu sebenarnya. ye la bila naik ramai-ramai nie risau ade yang tak selesa bila ade budak menangis. bukan semua orang boleh faham keadaan kita.


Alhamdulillah, Janna ok sepanjang jalan. dia menangis pon bukan lama. kejap je. dah dapat susu, tido la dia. bila tido, tak la dia batuk sangat sebab tu ika nak dia selesa walaupon kita terpaksa berkorban tenaga. hahahahaha ! takpe. itu semua pengalaman yang kita akan kenang. pertama kali bawak Janna naik bas, Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. 
Read More

Martina Multifunctional Mummy Large Capacity Backpack Baby Diaper Nappy Bag | Shopee

baru-baru nie ika ada la beli beg untuk memudahkan ika dan suami bila bawak Janna keluar jalan-jalan. biasalah kan bila dah ade anak nie, barang dia pon kenalah bawak sekali. standby la katakan. simptom mak-mak macam nie lah.



ika survey online beberapa ketul beg kat Shopee tu. itulah port shopping ika sekarang nie. kahkahkah ! then, terjumpa la seketul beg yang ika sangat berkenan designnya. nama beg nya panjang sungguh, Martina Multifunctional Mummy Large Capacity Backpack Baby Diaper Nappy Bag. korang boleh tengok kat link nie, https://shopee.com.my/product/16227018/397181422/ dengan harga RM73.94. nama kedainya pulak ExpreddD, link https://shopee.com.my/expressd.




Features :
 Brand new and high quality.
 Special design for mother.
 Excellent craftsmanship, fashionable, durable and practical.
 Sufficient internal pockets, it can carry all your stuff in an ultra organized way.
 Quick reach pockets for bottles, wipes, motheris personal belonging or more !
 An essential large-capacity mummy bag for parents who want to take their baby out to the park or anywhere else.
 Waterproof and quick drying, it also easy to wash off with water.
 Very convenient for your family's usage.










setakat yang ika dah pakai nie, beg nie memang sangat best sebab banyak space. bila time nak balik kampung, ika memang akan masukkan semua barang Janna dalam beg nie. senang. satu beg untuk Janna dan satu beg untuk ika dan suami.
Read More

Janna nak adik ke ?

masa Janna umur 8bulan lebih, dia tersangatlah aktif. tak kira lah kat mana pon, sangat aktif. mama jenuh nak ligan. kita letak dia sini, tengoktengok dah ke sana dia. aduuuu. lastnya, biar je lah dia main. janji dia ok. Janna nie memang jenis yang suka main sorang dia. kalau kita sibuk buat kerja pon, dia main je sorang dengan mainan dia tu semua.


masa Janna 8 bulan lebih, dia dah boleh pegang kaki dia. dia dah boleh tarik stokin dia yang ika pakaikan bila nak tido malam. dia dah bangun berdiri kat sofa ataupon berpaut kat sapesape. dan masa nie jugaklah dia dok hisap ibu jari kaki dia tu. tapi sekali tu je lah ika tengok dia pulun hisap. hahahaha

bila ika post gambar nie kat fb, majoriti yang komen adalah, "nak adik dah tu". tapi ika tak amik port sangat pon sebenarnya. kang kalau amik port kang, tak senang duduk dibuatnya. hehehe. sakit bersalin haritu pon masih terngiang-ngiang lagi walaupon ika nie operate. kuikuikui. 


bila ika google, sebenarnya bayi adalah reflexologist pertama di dunia a.k.a tukang urut nama melayu dia. dan setiap kali bayi kita menghisap ibu jari kakinya, bayi itu sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. sel-sel otak sedang berhubung. hahahaha ! kalau korang nak tahu, setiap bahagian tapak kaki kita nie ada bahagian yang berfungsi terhadap organ lain jugak.

jadi, bila baby kita suka hisap ibu jari kaki, jangan mudah terpengaruh dengan ayat "nak adik dah tu". kalau ade rezeki, ade lah kan. kalau boleh elak, elakkan dlu macam ika ni. Janna tak sampai setahun lagi. jadi, ika sangat takut kalau termengandung lagi. walaupun operate, tetap sakit. serius. heeee
Read More

Egg Storage Basket | Shopee

biasanya ika shopping barang untuk ika ataupun Janna. kali nie ika belikan barang untuk Kak Long ika pulak. kaklong mintak ika belikan bekas simpan telur untuk dia. dah lama dia berkenan. wakakakaka. so, ika usya dalam Shopee dan jumpa ! tapi tapi tapi barang nie datang dari China. amik masa la untuk sampai Malaysia. tapi kaklong ika nak jugak walaupun lambat sampai. ika pon belikan je lah. heeeee


ika beli pada 19 Februari dan bekas simpan telur nie sampai pada 07 Mac. kalau korang nak tengok barang yang ika beli nie, boleh klik sini, https://shopee.com.my/product/49823814/795245062/. ika beli bekas nie dengan kedai Dreamer House. korang boleh klik sini untuk ke laman kedai, https://shopee.com.my/huaya.my.

  

kaklong ika dah excited sangat nak tengok bekas simpan telur nie. tak sempat sampai rumah, dalam kereta lagik dia dah bukak kotak. hahahahahaha ! bila dah sampai rumah, terus dia masukkan telur ayam tu semua dalam bekas tu. comelll ! hahahahaha. ika beli bekas nie dengan harga RM59.00 free pos hokey. cuma nya kena bersabar bersabar dan bersabar la tunggu benda nie sampai.
Read More

28 Holes Scarf Hanger | Shopee

shopping online lagik. kali nie ika beli hanger untuk gantung tudung-tudung ika tu semua. disebabkan ika nie penggemar tudung bawal, so memang 95% tudung ika adalah tudung bawal. dan ika sekarang tengah mengumpul warna-warna yang ika belum ada lagi dalam simpanan ika. wehuuuuu

ok. berbalik pada hanger tudung yang ika beli. kalau korang search kat Shopee, korang akan jumpa macam-macam jenis hanger untuk tudung. tapi ika lebih prefer jenis yang macam kat bawah nie.


ika beli hanger tudung nie dekat kedai GMrack. boleh klik sini, https://shopee.com.my/gmrack. untuk tengok barang yang ika beli kat kedai GMrack nie, boleh klik sini pulak, https://shopee.com.my/product/34416964/564394854/. ika beli dengan harga RM7.00 untuk satu dan ika beli dua ketul. see. banyak kan tudung ika. hahahaha !


maka, inilah hasilnya. hanger yang atas tu ika gantung anak tudung. yang tu ika beli kat kedai RM2. dia hanya ada 12 lubang. yang ika beli online nie ade 28 lubang untuk sangkut tudung. memang banyak kan ? banyak dan berbaloi dengan harga. ika pernah beli dah satu dulu dan sampai sekarang pon dia masih kukuh. sebab tu ika prefer yang jenis hanger macam nie. so, korang kemas tudung korang macam mana pulak ?
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com